Sesungguhnya Allah SWT Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Setiap hari apabila bangkit daripada tidur marilah kita ingatkan Allah SWT dengan berdoa dan bersyukur ....
Marilah kita bertahajjud di tengah-tengah malam sekitar kira-kira jam 3.00 pagi hinggalah kira-kira jam 4.00 pagi. Seterusnya dirikan Solat Taubat, Solat Hajat dan bermunajat ke hadrat Allah SWT.
Marilah kita bersujud ke hadrat Ilahi sambil memohon ampun atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah berlaku sama ada ke atas diri mahu pun keluarga, mohon dilorongkan cara kehidupan yang sentiasa diredhai Allah SWT selagi kita masih bernyawa.
Marilah kita renung-renung dan bermuhasabah diri apakah yang telah dilakukan oleh anggota tubuh badan kita pada hari ini. Adakah aurat kita sentiasa ditutup dengan mengikut hukum syara’ jika berhadapan dengan bukan mahram? Adakah akal dan pemikiran kita sentiasa menggerakkan tangan kita untuk terus berusaha mencari tudung dan mencari baju labuh untuk menutupi aurat kita dengan cara yang betul? Atau kita masih suka mengenakan pakaian yang menjolok mata atau pun mengikut telunjuk syaitan? Atas sifat kesedaran kita yang kesemuanya anggota kita merupakan "pinjaman" dari Allah, maka marilah kita memperbetulkan keadaan dengan menginsafi dan sentiasa menutup aurat dengan betul. Marilah kita bersyukur ke atas nikmatNya kerana Allah SWT sentiasa memberi taufik dan hidayah untuk kita berbuat baik, bersifat kasih dan sayang pada diri sendiri mahu pun kepada sesama insan lain. Sesungguhnya ‘nikmat’ yang diberi itu akan digarap untuk mendapatkan pahala yang berterusan hinggalah kita menghadap ke hadrat Allah SWT dengan keadaan ‘husnulkhotimah’, Insyaallah.
Ayuhlah kita bersyukur kerana mulut dan lidah kita yang berpadu itu masih boleh membaca Al-Quran, berzikir, berselawat dan berdoa. Mulut dan lidah kita masih boleh meninggalkan perbuatan keji seperti mencaci, memaki, mencerca, menghina, mengumpat dan sebagainya. Oleh itu, marilah kita sentiasa memperbanyakkan bersyukur kerana sentiasa di dalam taufik, rahmat dan hidayah Allah SWT. Kita sehinggakini tidak memakan makanan yang kotor, atau yang ‘subhat’ mahu pun yang ‘haram’. Marilah kita ucapkan tahniah kepada diri kita sendiri kerana tidak merokok (merokok itu perbuatan sia-sia. Sebahagian ulamak telah memfatwakan bahawa merokok itu 'haram'. Tahukah anda bahawa pokok tembakau itu asal-usulnya tumbuh daripada air kencing (najis) iblis laknatullah dan Nabi SAW telah berpesan sesiapa yang menghisapnya bermakna "celaka"lah mereka).
Marilah kita bersyukur kerana tangan kita tidak berat untuk menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan, mencari dan mendapatkan makanan yang halal dan tidak melakukan perkara yang tidak baik seperti mencuri, menyamun dan sebagainya. Marilah kita bersyukur kerana kita juga sering ‘membelanja’ kawan kita dan kita tidak pernah sesekali meminta untuk ‘dibelanja’.
Marilah kita bersyukur kerana kaki kita sentiasa bersungguh-sungguh pergi ke masjid atau ke surau tidak kira jalan terang mahu pun berkeadan gelap, hanya semata-mata mengabdikan diri
untuk mengerjakan solat fardhu atau menghadiri majlis-majlis ilmu. Marilah kita bersyukur kerana kaki kita berat atau tidak suka ke tempat-tempat yang tidak sewajarnya apatah lagi ke tempat-tempat yang haram seperti mengunjungi kelab-kelab malam, kelab karaoke, tempat-tempat perjudian dan sebagainya.
Marilah kita sentiasa bersyukur kerana telinga kita sentiasa ingin mendengar bacaan Al-Quran,
mendengar zikir dan mendengar ceramah ilmu agama. Marilah kita juga bersyukur kerana kita berjaya dan tidak sukakan kepada ‘muzik’ yang melalaikan, sesungguhnya di akhir zaman ini banyak muzik yang disajikan oleh media massa (khususnya televisyen - semuanya rancangan jahat yahudi dan iblis laknatullah, pertunjukan pentas, asah bakat dan sebagainya hampir kesemua muzik menjerumus ke arah yang menyesatkan, Na'uzubillahiminzalik! Ingatlah wahai penerbit-penerbit rancangan, pengacara-pengacara sekelian andalah yang bertanggungjawab memanggil dan membawa manusia ke arah kesesatan. Marilah tuan-tuan semua, insaflah, taubatlah kerana kita masih diberi peluang menghirup udara bersih kepunyaan Allah SWT dari terus terusan menjadi 'Duta Iblis' Laknatullah. Mahukah menjadi pengikut Iblis yang akan ditempatkan di neraka jahannam itu?
Marilah kita sentiasa bersyukur kerana hati kita ‘hidup’, setiap hari dengan bersungguh-sungguh
kita berusaha menghiasi kehidupan dengan nilai-nilai murni dan terpuji sebagaimana menurut Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Marilah kita bersyukur kerana hati kita tidak lalai, tidak mengikut nafsu (sakit) dan tidak 'mati' (menolak nasihat dan kebenaran). Oleh kerana itu kita berjaya menghindarkan diri daripada sifat malas, bercakap tentang perkara yang tidak berfaedah, marah-marah, tengking-menengking, hasad dengki, bakhil, cinta dunia dan kemegahan, takabbur, ujub dan riak.
Kita juga dikurniakan sedikit harta seperti kereta (tidak kira kecil atau besar, murah atau mahal), tempat tinggal iaitu rumah idaman dan alat kelengkapan (membeli atau menyewa atau menumpang). Atas segala-galanya, marilah kita bersyukur kepada Yang Maha Pemberi, Allah SWT.
gambar hiasan
Kita telah berjaya menamatkan alam persekolahan, belajar di universiti dan dapat ijazah dan sebagainya. Berjaya mendapat pekerjaan – guru, kerani, pegawai bank, ustaz dan sebagainya, dan dikurniakan pangkat menjadi Guru Besar, Kerani Besar, dan sebagainya. Dapat mengerjakan ‘haji’ dan 'umrah' dan sebagainya sebagai 'Ibadah' kita. Marilah kita bersyukur atas segala-galanya. Kadang-kadang, walaupun di hati kita mengatakan pendapatan kita tidak "setimpal" dengan ‘kelulusan’ yang ada, tapi kita telah merasai nikmatNya. Kita juga telah berkongsi kedamaian dan kemakmuran sejak kita ‘lahir’. Segala kemudahan, apa sahaja yang mampu diperolehi semuanya ada dalam negara kita. Allah telah beri rezeki jangan sampai kita tak bersyukur, Allah beri kedamaian dan kemakmuran. Jangan terlibat dengan demonstrasi di jalanan dan jangan sampai kita tak mahu bersyukur, 'kufur' atas nikmat Allah SWT.
gambar hiasan - demonstrasi jalanan
yang tidak mendatangkan sebarang faedah.
Ingatlah jika kita tak bersyukur atau tak mahu bersyukur, maka kita khuatir kita akan menerima nasib yang sama seperti di negara-negara yang kacau-bilau... . Di negara kita, semua boleh diperolehi - kereta, rumah idaman, wang dan sebagainya ... tepuk dada tanya iman kita (jangan tanya selera kita, nanti kufur nikmat). Segala-galanya mampu diperolehi asalkan kita berusaha, ada pekerjaan, segalanya kita mampu miliki berdasarkan kemampuan. Ayuhlah kita sentiasa bersyukur... ketika hendak makan, ketika memandu atau apa sahaja...
Melalui rezeki yang ada sama ada daripada untung perniagaan, pendapatan gaji atau upah dan sebagainya marilah kita dermakan yang sedikit itu kepada anak-anak yatim, masjid atau surau. Tak mampu derma secara besar derma kecil-kecil pun jadilah, mengikut kemampuan. Insyaallah akan diberi ganjaran oleh Allah SWT, asalkan kita ikhlas. Marilah kita bersyukur apa yang kita ada dan apa yang kita mampu lakukan.
Raihan - Syukur
Sesungguhnya semua yang kita rasai di dunia ini adalah milik Allah SWT semata, tidak ada milik kita, tidak ada hak kita. Semuanya pinjaman belaka dan telah disediakan. Kita perlu berusaha untuk mendapatkannya dengan akhirnya kita perlu bersyukur atas nikmatNya. Mudah-mudahan kita terus bersyukur kerana ganjaran pahala bersyukur amat diperlukan di akhirat nanti. Dari Allah SWT kita diturunkan ke dunia ini, maka kepada Allahlah seluruh perjalanan kehidupan kita dan akhirnya nanti kita akan kembali kepada Allah SWT.
Wallahua’lam.
-----------------------------------------------------------
Bancian Online | ||
|
000000000
No comments:
Post a Comment