Seperti yang kita tahu, Allah SWT dan para Malaikat Nya berSelawat ke atas nabi yang sempurna "Allahumasollialla Muhammad Wa'alaalisaidina Muhammad".
Kelebihan Selawat ... Di mana Selawat juga boleh mengeluarkan orang yang telah mati daripada seksaan kubur, lalu diberikan pakaian dan makanan dan minuman dan ditempatkan di dalam Syurga.
Diceritakan daripada rakan penulis meminta berSelawat sebanyak 17 kali dan di niatkan kepada Arwah ibunya selesai sahaja dia berselawat dan berniat, "Ya Allah aku sekedahkan selawat ini kepada arwah ibu ku", Sejurus selepas itu, rakan penulis yang menunjukkan kelebihan selawat tadi, bertanya kepada rakan penulis bila kah emak awak meninggal dunia, dia kata "ketika umur saya 2-3 tahun...", saya tanya "kenapa
bang ada yang tak kena ke?".
Rakan tadi memberitahu arwah ibunya bertanya siapakah yang mengirimkan dia selawat tadi dan mengeluarkan dia daripada seksaan kubur, .. lalu saya terdiam, diceritakan lagi.., dia tak ingat ketika ibunya meninggal duhulu, dia telah meninggalkan seorang anak lelaki. "Subahanallah" air mata saya mengalir tanpa di sedari ..
Katanya lagi "Selama ini, ibu aku hidup dalam seksaan kubur ..Allah hu Akbar, selama ini doa, Yassin, Tahlil yang dikirimkan oleh nenek aku masa dia hidup untuk arwah ibu aku tak sampai, doa yang di kirim oleh bapak aku selama ini menduda kerana sayangkan arwah ibu aku pun tidak sampai ..Allah hu Akbar ..lutut aku lemah, hati aku sayu, air mata ku mengalir dan terus mengalir ..Allah hu Akbar Allah hu Akbar".
Katanya lagi "Setiap kali aku dalam kesusahan dan bila setiap kali aku rindukan arwah ibu ku, aku akan kirim kan Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas, ..rupa nya tidak sampai ..Allah hu Akbar, di mana salah aku .. di mana silap aku ..Allah hu Akbar .. Sejak kejadian dan peristiwa tersebut, ianya memberi suntikan kepada aku untuk terus mengkaji Islam, belajar tentang Islam, mengenal Allah SWT, mengkaji Ilmu Allah SWT, mudahan-mudahan ibubapa ku anak-anakku dan Isteriku tercinta selamat dunia-akhirat".
Rakan yang menunjukkan kelebihan Selawat tadi selalu berpesan kepada ku, kerap-keraplah bersedekah dan mendoakan kepada orang yang disayangi yang telah pergi dahulu, semoga keadaannya terjamin di sisi Allah SWT, dikeluarkan dari seksaan kubur, diberikan pakaian, diberikan tempat tinggal, diberikan makanan dan minuman, diletakkan di kerusi emas ..Insyallah pesan mu itu rakan, akan ku laksanakan .. terima kasih tak terhingga kepada mu Rakan kerana menunjukkan Jalan yang sebenar dan Rahsia yang dikupas sedikit demi sedikit, Allah hu Akbar.
Sebenarnya setiap hari aku rindu kan mu wahai Rakan, aku rindu akan ilmu Allah SWT, aku rindu akan bimbingan mu, lebih-lebih lagi
bila kamu berkata, "..saya dah tak lama lagi insyallah lagi dua tahun saya akan balik ...itu yang di beri petunjuk" Allah hu Akbar, Allah hu Akbar, siapakah akan menunjukkan aku jalan ..Allah hu Akbar Allah hu Akbar... kepada siapa kah aku akan Merujuk ..Allah hu Akbar, Aku tahu jawapan nya adalah Allah SWT, tetapi bukan itu maksud ku ...maksud ku, aku akan kehilangan kamu wahai Rakan...
Allah hu Akbar Allah hu Akbar.
Diceritakan lagi jika Ibu atau Bapa yang meninggal dunia yang WAJIB mendoakannya adalah anak-anaknya, baru jatuh kepada cucu-cucunya, kalau sesorang itu bujang yang WAJIB adalah adik-beradiknya baru jatuh kepada anak saudaranya. Jika anak yang meninggal dahulu maka ibu dan bapanya wajib mendoakan nya dan baru jatuh kepada adik-beradik lain.
Jika siSuami yang meninggal WAJIB isterinya mendoakannya baru jatuh kepada anak-anak, Jika siIsteri yang meninggal WAJIB mendoakannya adalah siSuaminya dan baru anak-anak nya.
Doa untuk orang yang telah meninggal:
1. Baca Shahadah 3 kali
2. Baca Selawat 17 kali
3. Baca Fatiha 3 kali
4. Baca "Surah Al-Ikhlas" 7 kali
5. Baca Tasbih "Subahanallah .." seberapa
banyak yang mampu
6. Dan doa nya "Rabbana atina ..."
7. Dan niat lah "Ya Allah aku sedekah kan doa ini kepada ...." niat ini sudah memadai tak payah la, keluarkan dia dari seksaan kubur dan sebagainya ... sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Penyayang dan tahu akan apa yang terbaik untuk hamba Nya dan kerana dia menjadi kan kita dan dia tahu kita siapa dan apa kemampuan kita dan keikhlasan kita dan apa yang terbaik untuk kita...Wallahualam.
Kalau kita nak tahu adakah doa kita sampai tanyalah kepada Allah SWT, pasti dia akan beri petunjuk, kalau tak sampai apa sebabnya pun Allah SWT akan beri petunjuk ..
Amalan orang-orang kita (keluarga kawan pun macam ni jugak)..selalunya bila nak buat Tahlil, Yassin kita panggil pak Imam, orang masjid lepas TAHLIL DAN DOA kita makan dan kenyang, SELEBIHNYA KITA SERAH KAN KEPADA ALLAH SWT, SENANGNYA ISLAM SEKARANG eeEK .. tu yang Tahlil dan Doa tak sampai kepada simati .... fikir-fikirkan renung-renungkan ... ke mana arah kita ..
Wallahu 'aklam.
No comments:
Post a Comment