Manakala Tamadun Islam adalah penutup kepada ketamadunan langit yakni agama samawi dan satu-satunya diwariskan kepada Nabi Muhammad SAW, nabi dari bangsa Arab paling mulia; Quraisy. Kemunculan agama terakhir ini agak asing, terpinggir jauh dari ketamadunan sebelumnya; Penubuhan Empayar Parsi dan Empayar Rom , kelahiran dan pengangkatan Nabi Isa AS, kemusnahan tamadun Mesir Lama, kehancuran Baitul-Maqdis, kemunculan rejim Byzantine dan peperangannya dengan Empayar Parsi di Timur. Manakala di Kota Suci Mekah, ajaran Hanif yang mengesakan Allah SWT semakin dilupai oleh masyarakat Arab. Sekelompok pengikut yang terdiri daripada ahlul Kitab (Yahudi dan Nasrani) serta masyarakat Arab tempatan masih berpegang teguh dengan ajaran Nabi Ibrahim AS. Manakala sebahagian besar masyarakat Arab (jahiliah) menjadikan berhala sebagai perantaraan ibadah dan pusatnya adalah Kaabah. Di situlah, Allah SWT memulihkan kembali keinsanan manusia dengan perutusan nabi akhir zaman, Nabi Muhammad SAW. Pemuda dari keturunan Ibrahim AS yang bergenerasi menerima warisan pengurus Kaabah, penjaga dan pembahagi Air Zam-Zam. Dialah pembawa Agama Islam yang menggulung serta melengkapi seluruh tamadun sebelumnya.
Siapa yang dapat menyembunyikan kebenaran jika Allah SWT, Pencipta seluruh makhluk Menginginkan? Nabi Muhammad SAW dicipta sebagai pelengkap nabi-nabi kerana baginda SAW adalah Habibullah yang paling dicintaiNya. Dalam hadis Qudsi bermaksud: Allah berfirman, mafhumnya "wahai Adam, jika tidak kerana Muhammad, tidak-Ku jadikan engkau atau langit dan bumi". Penghormatan ini adalah paling agung menunjukkan tidak ada seluruh makhluk yang diciptakan Allah melainkan kehendak Allah SWT menjadikan Muhammad SAW sebagai KekasihNya. Kedudukan Nabi Muhammad SAW paling tinggi di sisi Allah SWT melebihi para nabi dan manusia lain.
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat Nya berselawat kepada Nabi (Nabi Muhammad SAW), Wahai orang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya"
(Surah Al-Ahzab:56)".
Orang-orang Yahudi, Nasrani dan Kristian tidak senang dengan kenyataan ini. Begitu juga orang munafik yang mempunyai penyakit di hati, tidak mudah tunduk pada kenyataan agungnya insan bernama Muhammad bin Abdullah. Namun, Allah Yang Maha Berkehendak mengasuh nabi akhir zaman dengan pendidikan khusus seterusnya menggoncangkan dunia kesesatan yang dimonopoli bangsa Yahudi dan juak-juaknya.
Kerana banyaknya peranan yang dimainkan oleh baginda SAW sejak kecil di kalangan penduduk Mekah, maka baginda SAW begitu popular dan dihormati. Ketokohannya paling terserlah adalah menjaga amanah. Apa sahaja yang dipertanggungjawabkan baik perniagaan dan perdagangan, pengembalaan, peperangan, persaudaraan dan perkara-perkara kecil masyarakatnya, telah ditangani baginda SAW dengan penuh jujur dan terbaik. Inilah yang menggerakkan seorang wanita terhormat yang kaya - Syaidatina Khadijah bt. Khuwailid, melamarnya seterusnya menjadi sayap kiri perjuangan baginda SAW. Perkahwinan dengan Syaidatina Khadijah itu adalah pra menuju kerasulan baginda SAW. Usia 25 tahun, baginda membina keluarga, menjadi suami dan ayah serta mulai diberikan wahyu yang pertama ketika usianya 40 tahun - satu bahagian umur yang matang dan efektif untuk melaksanakan tanggungjawab.
Tribulasi mulai datang apabila baginda SAW memperluaskan dakwah Tauhid iaitu seruan pembebasan diri daripada kesyirikan, kefasikan dan kemunafikan untuk mengEsakan Allah SWT. Manusia yang bertali ego antaranya adalah golongan aristokrat Mekah, seperti Abu Jahal, Abu Lahab dan Abu Sufyan bimbang politik mereka terancam dengan kedatangan agama baru yang bebas - bebas daripada sebarang penyembahan berhala dan nenek moyang, dan suci. Islam adalah agama logik, pemikiran yang beserta dengannya ilmu pengetahuan. Ini dibuktikan dengan penurunan Wahyu Pertama iaitu penyeruan supaya manusia membaca dan berfikir tentang asal-usul kejadian mereka (Surah Al-'Alaq, Ayat 1 - 19). Islam adalah maudhuk yang membezakan kebenaran dan kepalsuan. Tugas menyampaikan kebenaran ini tidak mudah, musuh-musuh tradisi Islam iaitu Yahudi, Nasrani, Kristian serta kalangan kafir Quraisy sendiri setiap masa mengatur strategi menggulingkan Nabi SAW beserta pengikutnya. Malahan, cita-cita mereka adalah melenyapkan Islam dari muka bumi.
Misalnya, sebelum berlakunya peristiwa Hijrah, umat Islam yang masih kecil bilangannya telah dipulaukan sehingga ke kemuncaknya, Rasulullah SAW sendiri diancam untuk dibunuh. Bersama Abu Bakar As-Siddiq ra., baginda Rasulullah SAW melerengi Jabal Tsur,
salah satu kawasan yang jauh dari Baitullah Al-Haram dan nun di puncak (hikmah baginda SAW mengembala kambing dahulu menemukan jalan-jalan tersorok di bumi Mekah).
Di Madinah, siri penentangan terus berlaku, baik dari pihak Yahudi ataupun musyrikin Mekah. Di kalangan orang Islam terdapat kaum munafik yang melancar serangan secara diam dan licik. Baginda SAW tidak walah malahan memperkukuhkan benteng kekuatan Islam melalui kunci Akidah dan ukhwah Islamiah. Dua senjata inilah yang tidak boleh diganggu-gugat oleh musuh-musuh Islam walaupun tubuh dan jasad mereka dihentam senjata musuh.
(Bukit Uhud sentiasa dikunjungi )
(diadaptasi semula oleh penulis)
No comments:
Post a Comment