SIRI 1: JAGALAH 'AQIDAH DAN KENALI DAJJAL DI AKHIR ZAMAN

Menuntut ilmu itu difardhukan ke atas orang Islam bagi menjaga 'aqidah' diri agar tidak mudah diganggu gugat.  Firman Allah Ta'ala:

وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ إِلَّا رِجَالًا نُّوحِي إِلَيْهِمْ ۚ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
(Surah 'An-Nahl: 43)
Mafhumnya:
"Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-Rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahuinya".

Pakaian wanita Islam yang 'mukmin'.
Orang Islam yang mukmin patuh akan perintah Allah SWT  dan Rasululullah SAW  
dengan sentiasa mengelakkan diri daripada menjadi tentera-tentera Dajjal Laknatullah.

Firman Allah SWT lagi:
وَمَا أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ إِلَّا رِجَالًا نُّوحِي إِلَيْهِمْ ۖ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
(Surah Al-Ambia': 7)
Mafhumnya:
"Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada Ahluz-Zikri" jika kamu tidak mengetahui".


Setiap muslim difardhukan untuk menuntut ilmu. Di dalam hadis Rasulullah SAW  yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah r.a, dan lain-lainnya, menjelaskan bahawa setiap muslim difardhukan menuntut ilmu :          
           عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ.
Mafhumnya:
Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Menuntut ilmu adalah fardu (wajib) ke atas setiap seorang Islam."
                                                         
Dajjal SiPembohong Besar di akhir zaman
Sebuah ilusi: DAJJAL seorang manusia
paling hina.

Salah satu 'ilmu atau disebut perkhabaran perkara 'ghaib' atau 'ilmu pengetahuan yang perlu diketahui ialah berkenaan dengan 'DAJJAL'.  Dajjal Laknatullah akan bermaharajalela di akhir zaman nanti. Ianya disebut sebagai 'Fitnah Dajjal',  yang menunjukkan sebagai salah satu tanda besar atau alamat kiamat besar yang paling banyak dibahaskan oleh masyarakat. Menurut Yusuf Wabir (periwayat dan tokoh ulama'), Dajjal ada disebutkan oleh Allah SWT tidak secara terang-terangan disebabkan ia adalah manusia luar biasa paling hina perlu diperlekeh-lekehkan malahan diperkecil-kecilkan kerana tidak ada nilai kepada sesiapa pun, bahkan ianya sesat lagi menyesatkan ummat manusia pada zaman itu.  Oleh sebab itu perkara tersebut perlu diketahui oleh semua orang Islam dan memberitahu kepada semua orang bahawa perkara ini tidak boleh tidak pasti akan terjadi.


Sebuah ilusi: Dajjal memberi kemewahan
(Tangan kirinya Syurga, Tangan Kanannya Neraka, tapi sebaliknya).
Namun sehinggakini  masih tidak diterangkan secara sesempurnanya di dalam pembelajaran di sekolah. Cuma yang dikhabarkan hanya disebut sebagai 'alamat besar kiamat' sahaja. Perkara ini jika tidak disampaikan secara ilmiah dan mendalam maka seseorang pelajar itu membesar, kemudian melanjutkan pelajaran, bekerja dan sehinggalah bersara dari alam pekerjaan masih tidak mengetahui siapakah yang dikatakan 'Dajjal' itu. Walaupun ada suatu pengajian yang dinamakan 'Pengajian Sepanjang Hayat' tetapi tidak menjurus kepada 'ilmu perkhabaran ghaib tersebut. Bahkan pihak berkuasa pun dilihat semacam tidak berminat untuk berusaha mengajarkan sepenuhnya kepada murid-murid dan para pelajar.  Begitu juga denga para 'As-Saatizah' (ustaz atau ustazah) yang mahu membincangkan secara khusus tentang Dajjal ini, terlalu kurang sekali dan sangat minimum. Kebanyakannya membincangkan tentang 'keluarga bahagia', 'motivasi' dan sebagainya sahaja, namun untuk menyelamatkan 'aqidah' diri di akhir zaman jarang-jarang dibahaskan. Nah! melalui usaha murni ini suatu yang menjadi pokok persoalan apakah dan siapakan sebenarnya 'Fitnah Dajjal' itu yang perlu diketahui. Perkara ini akan dibahaskan dari siri ke siri dan diberitahu kepada seluruh ummat Islam agar sentiasa berwaspada mudah-mudahan setiap orang Islam mampu menjadi mukmin dengan berbekalkan 'iman' yang cukup untuk menghadapinya jika sampai kepada waktu itu. Diharapkan akan terlerailah permasalahan ini, Insya-Allah. Perkara ini bukan omong-omongan kosong tetapi pasti akan berlaku, cuma waktunya yang tepat saja bila dia akan keluar tidak diberitahu oleh Allah SWT.  Mudah-mudahan umat Islam akan sentiasa mendapat perlindungan Allah SWT.


Dalam satu hadis telah membuktikan telahan Nabi SAW (hadis soheh) diriwayatkan oleh 'Abdullah bin Ahmad (Hadis riwayat Ahmad no. 16073) dalam 'Zawaa id Musnad', Jilid 4 halaman 71):

لَا يَخْرُجُ الدَّجَّالُ حَتَّى يَذْهَلَ النَّاسُ عَنْ ذِكْرِهِ وَحَتَّى تَتْرُكَ الْأَئِمَّةُ ذِكْرَهُ عَلَى الْمَنَابِرِ
Mafhumnya:
 "Dajjal tidak akan keluar sehinggalah manusia lupa untuk ingat kepada Dajjal dan sehinggalah para Imam tidak lagi menyampaikan tentang Dajjal di atas 'mimbar'".  

Ini bermakna apabila di atas mimbar, di pentas-pentas ceramah sudah tidak ada lagi orang menerangkan tentang Dajjal, maka Dajjal hanya menunggu masa sahaja untuk keluar. 

Jarang-jarang ada orang yang ingin mengingatkan sesama kita, cuma kini hanya satu kumpulan rockers sahaja yang menyanyikan lagu "Dajal" (walaupun muziknya sakit untuk didengar dan boleh sakit leher dibuatnya) dengan lirik lagu sebagaimana diberikan:

BumiPutra Rockers / BPR

Dajal 

Dendam
Yang lama terpendam
Dari zaman ke zaman


Tersembunyi
Di balik gunungan
Menantikan arahan


Bertujuan Membinasakan
Bertujuan Untuk memesongkan
Manusia dipeluk rindu
Pada dunia yang palsu, palsu, palsu


( korus )
Oh janganlah kau
Terpedaya dengan Kalimah Yang Menyesatkan

Oh janganlah kau
Terpedaya dengan Dajal Yang Menyesatkan

Dajal
Mungkin tak tersembunyi
Mungkin bermukim di hati


Tak punya belas
Tak punya simpati
Mata satu jinak dengan kemunafikan


Yang membela
Dajal dalam dada
Buta pada sumpah dan janjinya
Manusia dipeluk rindu
Pada dunia yang palsu, palsu, palsu


( ulang korus )



Diharapkan selepas ini adalah agaknya lagu-lagu nasyid mengenai Dajjal dicipta bagi memberi kefahaman dan ingatan yang mudah bukan secara 'formal'. Setakat ini orang lebih suka kepada  PILIHAN RAYA, 
Sibuk tentang kuasa, padahal Allah SWT Maha Kuasa.

















PERHIMPUNAN AGUNG KEPARTIAN,
Mengisi agenda kehidupan.

                                       BOLA SEPAK,
Sanggup menonton walaupun jam 3.00 pagi,
sepatutnya bangun untuk bertahajjud
memohon keredhoan dan keampunan
daripada Allah SWT.

RANCANGAN WANITA,
Satu slot membicarakan hal-hal kemanusiaan.
ALAM, TUMBUH-TUMBUHAN, dan sebagainya.
Sebahagian manusia suka ketenangan 
pada zahirnya sahaja.

Maknanya ini menunjukkan DAJJAL dah nak hampir keluar sangat. Walau bagaimanapun dengan adanya maklumat secara ilmiah ini diharapkan terlepaslah tugas dan tanggungjawab fardhu kifayah memberitahu kepada seluruh ummat Islam di mana sahaja dengan memahaminya menggunakan 'BAHASA MELAYU', suatu bahasa yang mudah difahami.

Sebagaimana Nabi SAW menyampaikan khutbahnya di 'Arafah,
maka maklumat bersiri ini disampaikan kepada semua:
"Ya Allah, bersaksilah ianya disampaikan kepada ummat Islam yang membacanya, dan yang membacanya akan menyampaikan
kepada saudara-saudaranya, anak cucu-cicitnya dan jiran tetangganya, lalu mereka semua hendaklah menyampaikan kepada mereka semua yang dikenali, begitulah selanjutnya".


Namun cerita Dajjal merupakan masalah 'ghaib' yang tidak boleh difahami secara mudah hanya berdasarkan secara penelitian atau hanya berdasarkan 'akal semata-mata. Tetapi ianya "hendaklah berdasarkan kepada khabar, wahyu dan dalil". Apabila khabar, wahyu atau pun dalil tidak menjelaskan sesuatu persoalan yang timbul daripada 'akal manusia, maka janganlah cuba untuk mengada-ngadakan perkara tersebut.









Banyak teori konpirasi telah ditulis bahkan dibukukan tidak bertunjangkan atau tanpa ada dalil.
Dalam membincangkan perkara 'ghaib' ini ianya hendaklah disertakan dengan dalil. Ini disebabkan Islam ditegakkan dengan hujjah dan dalil. Apa-apa juga yang dibahaskan tanpa dalil, maka ianya dianggap tidak tepat dan diragukan. Oleh itu setiap hujjah perlu didasari dengan kitab dan hadisnya. Selain itu hadisnya perlu dibincangkan supaya ianya tidak terpesong dan tidak terlalu mengagungkan 'akal sahaja.


Wallahu a'lam.

SIRI 2: SEBERAT-BERAT FITNAH (UJIAN) ADALAH FITNAH DAJJAL

Dajjal mengaku menjadi Tuhan
Wahai semua saudara Islam, ketahuilah dengan sebenar-benarnya bahawa sewajarnya bagi orang Islam perlu tahu bahawa 'Fitnah Dajjal' ini adalah seberat-berat ujian yang ditimpakan kepada semua ummat Islam di pengakhiran zaman nanti. Ayat ini bukan main-main, tetapi apabila seseorang Islam itu 'beriman' (mempercayai) akan berlakunya Hari Kiamat, 'Fitnah' (dugaan) yang dikatakan amat berat itu akan berlaku. Sebab itu dengan tahap iman yang nipis berdasarkan kemungkaran yang berlaku di sana-sini pada hari ini kemungkinan besar ramai orang yang mengaku Islam (muslim) tidak mungkin akan berupaya untuk menanggungnya dengan ujian teramat berat daripada Dajjal ini.



Di dalam satu hadis soheh, hadis riwayat Muslim (Hadis No.2946), Rasulullah SAW bersabda:
 ما بين خلق آدم عليه السلام إلى قيام الساعة أمر أكبر من الدجال 

Mafhumnya:
"Di antara penciptaan Adam dan terjadinya Kiamat, tidak ada fitnah (dugaan) yang lebih besar daripada Ad-Dajjal".


Mengikut  satu lagi hadis soheh, hadis Riwayat Ahmad (Hadis no. 22215), sesiapa juga yang selamat  dari fitnah sebelum Dajjal, maka ia akan selamat dari fitnah Dajjal, Rasulullah SAW bersabda:

ذُكِرَ الدَّجَّالُ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ لَأَنَا لَفِتْنَةُ بَعْضِكُمْ أَخْوَفُ عِنْدِي مِنْ فِتْنَةِ الدَّجَّالِ وَلَنْ يَنْجُوَ أَحَدٌ مِمَّا قَبْلَهَا إِلَّا نَجَا مِنْهَا وَمَا صُنِعَتْ فِتْنَةٌ مُنْذُ كَانَتْ الدُّنْيَا صَغِيرَةٌ وَلَا كَبِيرَةٌ إِلَّا لِفِتْنَةِ الدَّجَّالِ
Mafhumnya:
”Sungguh fitnah yang terjadi di antara kamu lebih aku takuti dari fitnah Dajjal, dan tiada seseorang yang dapat selamat dari rangkaian fitnah sebelum fitnah Dajjal melainkan akan selamat pula darinya (Dajjal), dan tiada fitnah yang dibuat sejak adanya dunia ini (baik kecil ataupun besar) kecuali  fitnah Dajjal.”


Kata Imam An-Nawawi di dalam Al-Minhaj Sarah Sohih Muslim Jilid yang ke-18, muka surat 87, yang dimaksudkan di dalam hadis tersebut adalah tidak ada fitnah atau tidak ada masalah yang lebih besar daripada masalah Dajjal.

Ceritakanlah kepada anak-cucu mengenai
fitnah Dajjal itu.
Pemberitahuan ini mungkin amat berguna pada diri kita, kalau tidak pun pandanglah kepada anak-anak kita bahkan kepada cucu-cucu kita yang perlu mengetahuI 'Fitnah Dajjal' ini yang telah diberitahu oleh Rasulullah SAW. Kalau pun kita merasakan telah mempunyai iman yang boleh dikatakan tinggi dan baik, tapi bagi mereka semua bagaimana? Agak-agaknya mereka kekal Islam yang mukmin yang macam kita pada hari ini dengan dugaan Dajjal yang begitu luar biasa sekali?

Nabi SAW menyatakan kebimbangan tentang Dajjal yang mana Ibnu Umar r.a,  telah menceritakan bahawa Rasulullah SAW berdiri di hadapan para sahabat dan ramai manusia dengan menceritakan tentang Dajjal dan akhirnya Rasulullah SAW bersabda (Hadis Riwayat Al-Bukhari, No. 3337 dan Riwayat Muslim No. 1669),
قَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي النَّاسِ فَأَثْنَى عَلَى اللهِ بِمَا هُوَ أَهْلُهُ ثُمَّ ذَكَرَ الدَّجَّالَ فَقَالَ: إِنِّي أُنْذِرُكُمُوْهُ وَمَا مِنْ نَبِيٍّ إِلاَّ قَدْ أَنْذَرَهُ قَوْمَهُ،  لَقَدْ أَنْذَرَهُ نُوْحٌ قَوْمَهُ وَلَكِنْ سَأَقُوْلُ لَكُمْ فِيْهِ قَوْلاً لَمْ يَقُلْهُ نَبِيٌّ لِقَوْمِهِ، تَعْلَمُوْنَ أَنَّهُ أَعْوَرُ وَأَنَّ اللهَ لَيْسَ بِأَعْوَرَ  
Mafhumnya:
Sebuah ilusi: Mata Dajjal sebelah buta
Berdiri Nabi SAW di hadapan sahabat dan manusia dengan memberitahu mengenai Dajjal dengan sabdanya "Aku akan ceritakan kepada kamu tentang Dajjal dan tidak ada seorang nabi pun melainkan mereka juga telah menceritakan tentang Dajjal kepada kaum mereka. Sesungguh Nabi Nuh telah mengingatkan kaumnya tentang Dajjal, akan tetapi hari ini aku inginkan katakan kepada kamu berkenaan dengan Dajjal yang tidak pernah dikatakan oleh seorang nabi pun sebelum ini pun kepada kaumnya iaitu Dajjal itu buta sebelah matanya, sedangkan Allah sama sekali tidaklah buta".


Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a (Hadis riwayat Al-Bukhari No. 1731),
مَا مِنْ نَبِيٍّ إِلاَّ وَقَدْ أَنْذَرَ أُمَّتَهُ اْلأَعْوَرَ الْكَذَّابَ، أَلاَ إِنَّهُ أَعْوَرُ وَإِنَّ رَبَّكُمْ لَيْسَ بِأَعْوَرَ وَمَكْتُوْبٌ بَيْنَ عَيْنَيْهِ ك ف ر
Mafhumnya:
Sebuah ilusi: Rambut kerinting dan
Pendusta besar.
"Tidaklah seorang nabi yang diutuskan melainkan nabi itu mesti memperingatkan kaumnya terhadap seorang yang buta sebelah matanya dan juga seorang yang pendusta yakni Dajjal. Ketahuilah bahawasanya Dajjal itu buta sebelah matanya sedangkan Tuhanmu tidak buta, tertulis di antara kedua matanya  ك ف ر".


Kisah Kartun Kanak-kanak Naruto yang mempunyai kuasa 
bergerak pantas  dengan memakai jenama  'ك ف ر '' di dahinya
  
Dalam hadis lain daripada Abu Umamah r.a (Hadis dikeluarkan di dalam Al-Jame' Soghir), hadis yang soheh:
إِنَّهُ لَمْ تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الْأَرْضِ مُنْذُ ذَرَأَ اللَّهُ ذُرِّيَّةَ آدَمَ أَعْظَمَ مِنْ فِتْنَةِ الدَّجَّالِ وَإِنَّ اللَّهَ لَمْ يَبْعَثْ نَبِيًّا إِلَّا حَذَّرَ أُمَّتَهُ الدَّجَّالَ وَأَنَا آخِرُ الْأَنْبِيَاءِ وَأَنْتُمْ آخِرُ الْأُمَمِ وَهُوَ خَارِجٌ فِيكُمْ لَا مَحَالَةَ 
Mafhumnya:
"Sungguh, semenjak Allah menciptakan anak cucu Adam, idak ada fitnah yang lebih dahsyat daripada fitnah Dajjal. Dan tidak ada satu nabi pun yang diutus oleh Allah melainkan dia akan mengingatkan kepada ummatnya mengenai fitnah Dajjal sedangkan aku adalah nabi paling akhir dan kamu juga ummat paling akhir, maka tidak dapat dimungkiri lagi bahawa Dajjal akan muncul di tengah-tengah kamu".

Sebuah ilusi: Dajjal memberi kemewahan
(Tangan kirinya Syurga, di tangan kanannya Neraka,
tetapi sebaliknya)


Kalau di hari ini jika ada manusia yang mengaku menjadi Tuhan, maka itu adalah aneh, atau menjadi bahan ketawa sahaja, tapi bila tiba masanya nanti akan ramai manusia yang percaya bahawa Dajjal itu Tuhan kerana  dia dikurniakan oleh Allah SWT dengan kuasa yang teramat sakti.



Wallahu a'lam

SIRI 3: AL-MASIH AD-DAJJAL SIPEMBOHONG BESAR TERAKHIR

Old Tastamen
Kitab Taurat
Tinjauan hari ini, kini terlalu banyak teori konspirasi mengenai Dajjal dengan rujukan dan perbandingan dengan melihat kepada Old Testamen, New Testamen, Kitab Torah, Kitab Veda dan sebagainya yang semuanya hendak membuktikan tentang adanya Dajjal.
  
Veda
Namun ianya hanya fakta yang ilmiah namun ada yang secara saintifik, ada yang bersifat 'akialogis' tetapi secara majoritinya bersifat 'mistik' yang akhirnya bersifat soalan dengan 'missi' yang tidak terjawab. Banyak penulis telah  menulis dengan hasil kajian 'impresif' bersandarkan kepada pemikiran logik 'akal semata-mata, kadang-kala pula ada yang sarat dengan bentuk lagenda, metos Greek bersumberkan manuskrip kuno, akhirnya pembaca seolah-seolah berada di persimpangan mengenai kebenaran hasil tulisan kajian itu. Sebagai contoh buku 'Dajjal akan muncul dari Kerajaan Jin Segi Tiga Bermuda' hasil karangan Muhammad Isa Dawud, seorang wartawan Mesir bukan kalangan agamawan yang berpengkalan di Saudi Arabia.
Fakta beliau merupakan dialog dengan jin yang berusia sekitar 180 tahun. Wartawan ini banyak pengikutnya sehinggakan persoalan melibatkan apa yang ada di dalam buku itu. Wallahu a'lam. Begitu juga hasil tulisan lain yang dikaitkan freemason dan sebagainya menyebabkan teori-teori seperti illuminati, 'secret society' dan lain-lain lagi perlu dihalusi.




                                                
            Pelbagai teori konspirasi Dajjal di pasaran
karangannya perlu dihalusi


     

Pulau Chichi Jima Jepun terletak di Devil's Sea.






Contoh lain ialah Dajjal ditemui di  'Pulau Chichi-Jima Jepun'. Ini semua merupakan teori dan pendapat sahaja. 
    

Ada pendapat mengatakan bahawa Dajjal
sedang di pasung di 'Pulau Chichi-Jima Jepun
'
















Namun bagi ummat Islam, kita perlu berdasarkan Al-Qur'an, Hadis dan pendapat ulama'. Ianya lebih jelas dan bernas berdasarkan kata-kata Rasulullah SAW di mana ditinggalkan 2 perkara iaitu Al-Qur'an dan Al-Hadis untuk pedoman ummatnya sekiranya ada perkara yang memerlukan kebenaran supaya tidak tersesat. Itulah sebenarnya  pegangan ummat Islam.


'Al-Masih Ad-Dajjal' atau 'The False Mesiah' mengatakan dirinya sebagai Nabi Isa a.s yang ditunggu-tunggu. Pemahaman tentang Ad-Dajjal bukan sahaja wujud di dalam eskatologi Islam bahkan Yahudi dan Nasrani (Kristian). Bagi golongan Kristian mereka kenal dengan satu watak di akhir zaman bernama 'Anti-Crist', manakala Yahudi kenal dengan satu watak yang akan datang di penghujung dunia iaitu 'Armilos' atau 'Armilious' yang akan memperdayakan manusia yang mengatakan dirinya 'Al-Masih'. Di dalam kitab-kitab lama, Dajjal disebut 'Sudu Cristos' atau 'Sudu Prefetes' iaitu The False Profet (Nabi Palsu).
SiPembohong Besar Dajjal

Bagi orang Islam, Al-Masih Ad-Dajjal adalah 'pelengkap' kepada SiPembohong dan Penipu-penipu yang ada di dunia ini. Ini berdasarkan Hadis Rasulullah SAW (diriwayatkan Muslim daripada Abu Hurairah r.a):
لاَ تَقُوْمُ السَّاعَةُ حَتَّى تَقْتَتِلَ فِئَتَانِ عَظِيْمَتَانِ يَكُوْنُ بَيْنَهُمَا مَقْتَلَةٌ عَظِيْمَةٌ دَعْوَتُهُمَا وَاحِدَةٌ وَحَتَّى يُبْعَثَ دَجَّالُوْنَ كَذَّابُوْنَ قَرِيْبٌ مِنْ ثَلاَثِيْنَ كُلُّهُمْ يَزْعُمُ أَنَّهُ رَسُوْلُ اللهِ وَحَتَّى يُقْبَضَ الْعِلْمُ وَتَكْثُرَ الزَّلاَزِلُ وَيَتَقَارَبَ الزَّمَانُ وَتَظْهَرَ الْفِتَنُ وَيَكْثُرَ الْهَرْجُ وَهُوَ الْقَتْلُ وَحَتَّى يَكْثُرَ فِيْكُمُ الْمَالُ فَيَفِيْضَ حَتَّى يُهِمَّ رَبَّ الْمَالِ مَنْ يَقْبَلُ صَدَقَتَهُ وَحَتَّى يَعْرِضَهُ عَلَيْهِ فَيَقُوْلَ الَّذِي يَعْرِضُهُ عَلَيْهِ: لاَ أَرَبَ لِي بِهِ؛ وَحَتَّى يَتَطَاوَلَ النَّاسُ فِي الْبُنْيَانِ وَحَتَّى يَمُرَّ الرَّجُلُ بِقَبْرِ الرَّجُلِ فَيَقُوْلُ: يَا لَيْتَنِي مَكَانَهُ؛ وَحَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا فَإِذَا طَلَعَتْ وَرَآهَا النَّاسُ يَعْنِي آمَنُوا أَجْمَعُوْنَ فَذَلِكَ حِيْنَ لاَ يَنْفَعُ نَفْسًا إِيْمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيْمَانِهَا خَيْرًا.
Mafhumnya:
“Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga dua kelompok besar saling berperang dan banyak terbunuh di antara dua kelompok tersebut, seruan mereka adalah satu. Dan hingga dibangkitkannya para Dajjal lagi pendusta hampir 30 orang, semuanya mengaku bahwa dirinya Rasul Allah, dicabutnya ilmu, banyak terjadi gempa, zaman berdekatan, fitnah menjadi-jadi, banyak terjadi pembunuhan, melimpah-ruahnya harta di tengah manusia sehingga para pemilik harta bingung terhadap orang yang akan menerima sadaqahnya. Sehingga seseorang itu berusaha menawarkannya kepada seseorang namun orang tersebut hingga ia berkata: ‘Aku tidak memerlukannya’; orang berlumba-lumba dalam meninggikan bangunan. Ketika seseorang melalui pada sebuah kuburan dia berkata: ‘Aduhai jika aku berada di sana’; terbitnya matahari dari sebelah barat dan apabila terbit dari sebelah barat di saat orang-orang melihatnya, mereka beriman seluruhnya (maka itulah waktu yang tidak bermanfaat keimanan bagi setiap orang yang sebelumnya dia tidak beriman atau dia tidak berbuat kebaikan dengan keimanannya).”

Peperangan oleh dua kelompok di zaman moden.
     
Dari keterangan di atas jelaslah sebelum Dajjal keluar, maka satu perang secara besar-besaran akan berlaku daripada dua kelompok besar. Untuk apa? Untuk menguasai dunia dan isi-isinya supaya tunduk kepada kuasa yang menang, matlamat akhirnya supaya 'Islam' tunduk kepada mereka. Kemudiannya akan mengakulah sehingga 30 orang menjadi nabi (semuanya palsu), sehinggalah berlaku segala kedurjanaan di 'alam ini. Mereka semua merupakan pendusta yang sesat lagi menyesatkan.

Sebuah ilusi: Angkatan tentera Islam di akhir zaman.
Kemudiannya, bagi mengekang masalah itu maka peperangan kedua akan berlaku di antara Islam dan bukan Islam, yang akhirnya Islam akan mencapai kemenangan. Allah SWT mengutuskan seorang pemimpin melalui kepimpinan seorang lelaki bernama Muhammad bin 'Abdullah atau dikenali dengan 'Imam Mahdi a.s. Kemenangan itulah menyebabkan kemudiannya Dajjal Laknatullah keluar untuk membunuh Imam Mahadi dan pengikut-pengikutnya.  Perlu diketahui bahawa kemunculan Imam Mahdi bukan kerana kemahuan Imam Mahdi itu sendiri melainkan kerana takdir Allah SWT yang pasti akan berlaku.
Sebuah ilusi: Seorang pejuang Islam.
Bahkan Imam Mahdi sendiri tidak menyedari bahawa dirinya adalah Imam Mahdi melainkan setelah Allah SWT meng'islahkan'nya dalam suatu malam, seperti yang disabdakan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW (diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ibnu Majah), yang mafhumnya: "Al-Mahdi  berasal dari umatku, yang akan diislahkan oleh Allah dalam satu malam."   Kemunculan Imam Mahdi akan di dahului oleh beberapa tanda-tanda sebagaimana yang disebutkan dalam beberapa hadis (riwayat Al-Bukhari dan Muslim), mafhumnya:
 Aisyah Ummul Mukminin r.a. telah berkata, "Pada suatu hari tubuh Rasulullah SAW bergetar dalam tidurnya. Lalu aku bertanya, 'Mengapa engkau melakukan sesuatu yang belum pernah engkau lakukan wahai Rasulullah?' Rasulullah SAW menjawab, 'Akan terjadi suatu keanehan, iaitu bahawa ada satu kelompok orang dari kalangan ummatku akan berangkat menuju Baitullah (Ka'bah) untuk memburu seorang lelaki Quraisy yang pergi mengunjungi Ka'bah. Sehingga apabila mereka tersebut telah sampai ke padang pasir, maka mereka ditelan bumi. Kemudian aku bertanya: 'Bukankah di jalan padang pasir itu terdapat bermacam-macam orang?' Rasulullah SAW menjawab: 'Benar, di antara mereka yang ditelan bumi tersebut ada yang sengaja pergi untuk berperang, dan ada pula yang dipaksa untuk berperang, serta ada pula orang yang sedang berada dalam suatu perjalanan, akan tetapi mereka binasa dalam satu waktu dan tempat yang sama. Sedangkan mereka berasal dari arah (niat) yang berbeza-beza. Kemudian Allah SWT. akan membangkitkan mereka pada hari kebangkitan, menurut niat mereka masing-masing".

Kemunculan Imam Mahadi a.s akan terjadi apabila manusia yang mengaku Islam menjadikan agama sebagai kepentingan mereka sahaja, padahal dengan sengaja mereka mengenepikan saudara Islam yang lainnya. Hal ini merujuk kepada Firman Allah SWT sebagaimana berikut:
مِنَ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا ۖ كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ
(Surah Ar-Rum: Ayat 32)
Mafhumnya:
Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman ugama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing
serta mereka pula menjadi berpuak-puak;
tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya (dari fahaman dan amalan yang terpesong itu).

Perkataan 'Dajjal' sering digunakan untuk menamakan seseorang yang banyak berdusta dan banyak menipu ummat manusia. Mereka mendokong kesesatan yang mengaku diri sebagai nabi setelah Rasulullah SAW wafat adalah para Dajjal. Dan bila disebutkan Dajjal secara mutlak maka tidak ada yang tergambar dalam fikiran setiap orang adalah Ad-Dajjal Al-Akbar (Dajjal yang terbesar penipunya) yang akan muncul di akhir zaman sebagai tanda dekatnya hari kiamat itu, dengan bersifat buta sebelah matanya.

Ini merujuk Nabi SAW yang bersabda (Hadis di dalam Musnan Ahmad), yang mafhumnya: "Sesungguhnya demi Allah tidak akan terjadinya kiamat hingga keluarnya 30 orang pembohong besar di dalam dunia. Yang terakhir di kalangan pembohong besar adalah 'SiButa Sebelah Mata' yang mana dialah 'SiPendusta Dajjal'
  
Dajjal boleh diimaginasi pelbagai rupa kerana ia manusia
buta sebelah mata, sebelah matanya tertonjol seperti
buah anggur, rambutnya kerinting,
di dahinya tertulis  
ك ف ر  boleh dibaca setiap orang Islam sahaja
Dajjal adalah manusia paling hina kerana mengaku Tuhan.


Wallahu a'lam

SIRI 4: PINTU TAUBAT DITUTUP APABILA TURUN 3 PERKARA

Marilah kita membaca doa ini sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Dari 'Aisyah r.h., Rasulullah SAW di dalam solat sebelum tahyat akhir dengan membaca doa:


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ


وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ 

وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَفِتْنَةِ الْمَمَاتِ

Mafhumnya:

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari seksa kubur,
dan aku berlindung kepada-Mu dari fitnah Al Masih Ad-Dajjal, 
dan aku berlindung kepada-Mu daripada fitnah hidup dan fitnah mati. 

Menurut ulama', perkataan 'Al-Masih' ini terlalu banyak maknanya. Menurut Abu 'Abdillah Al-Khurtubi ada 23 pendapat dan variasi yang berbeza tentang maksud Al-Masih. Di dalam kitab 'Tartibul Qamus' mengatakan ada 50 pendapat tentang maksud Al-Masih. Namun dimutlakkan kepada orang yang betul dan baik, tetapi juga kepada orang yang menyesatkan dan pendusta.      'Al-Masih Isa Ibnu Maryam' itu adalah orang yang benar, manakala 'Al-Masih Ad-Dajjal' itu pula adalah sesat lagi pendusta. Allah melahirkan 2 Al-Masih, Nabi Isa a.s, merupakan Al-Masih yang membawa petunjuk di mana boleh menyembuhkan penyakit kusta dan menghidupkan orang yang telah mati. Namun Al-Masih Ad-Dajjal Laknatullah itu membawa kesesatan dengan menguji manusia yang diberikan kepadanya kuasa teramat hebat di luar kuasa manusia.

Pendapat yang paling kuat di kalangan para ulama' dalam kitab 'An-Nihayah Fi-Ghori Bil-Hadith', Dajjal dinamakan Al-Masih kerana salah satu matanya 'buta' dan akan mengelilingi dunia dalam masa '40 hari' sahaja. Di dalam sebuah Hadis Rasulullah SAW (Sohih Muslim),
إنه أعورُ
Mafhumnya:  "Sesungguhnya Dajjal itu buta (terhapus) sebelah matanya".

Sebuah ilusi: Peperangan akhir zaman 'malhamah kubro'
akan berlaku menggunakan peralatan pedang, tombak,
dan angkatan berkuda.....
Ad-Dajjal, menurut kitab 'Lisanul-Arab' dan 'Tartibul Qamus' di ambil dari perkataan Arab bermaksud adalah seseorang itu dilulurkan untanya  dengan tar' atau orang yang menutup kebenaran dengan kebatilan atau menutup kekufuran dengan kebohongan manakala dalam istilah melayu Dajjal boleh dimaksudkan 'jahat'  atau tidak baik dan sebagainya. Kalimat asalnya ialah 'addajalu' iaitu mencampur-adukkan. Ulamak bersepakat bahawa kerja Dajjal ini ialah menghuru-harakan, penipu besar dan mempunyai kuasa yang luar biasa. Imam Malik pula menjamakkan sebagai 'Dajjaajalah'. Menurut Imam Al-Qurtubi, kalimah Dajjal ada 10 makna di mana yang dicatatkan ialah 'Orang Yang Buta dan Penipu Besar'. Ia dinamakan juga dengan nama 'Dajjal Akbar' yang akan muncul di zaman Imam Mahadi dan Nabi Isa a.s.


 
Sebuah ilusi: Tentera berkuda kaum muslimin
akan menyampaikan 'Islam' menyinari
keseluruhan bumi dari kekufuran ....


Menurut Yusuf bin 'Abdullah bin Yusuf Al-Wabil, Dajjal ada diungkapkan di dalam Al-Qur'an dilafazkan sebagai 'aayat' yakni 'tanda-tanda' yang tidak disebut secara khusus, sebagaimana Firman Allah SWT:

هَلْ يَنظُرُونَ إِلَّا أَن تَأْتِيَهُمُ الْمَلَائِكَةُ أَوْ يَأْتِيَ رَبُّكَ أَوْ يَأْتِيَ بَعْضُ آيَاتِ رَبِّكَ ۗ يَوْمَ يَأْتِي بَعْضُ آيَاتِ رَبِّكَ لَا يَنفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِن قَبْلُ أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْرًا ۗ قُلِ انتَظِرُوا إِنَّا مُنتَظِرُونَ

( Surah Al-An'am: 158)
Mafhumnya:
Apakah (yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang tidak beriman itu?) mereka tidak menunggu melainkan kedatangan malaikat (yang mencabut nyawa mereka), atau kedatangan (azab) Tuhanmu, atau kedatangan sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu (yang menjadi alamat hari kiamat). Pada hari datangnya sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu itu, tidak berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu, atau yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya. Katakanlah: "Tunggulah kamu (akan apa yang kamu berhak mendapatnya), dan kami pun sebenarnya menunggu (akan apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada kami)".

  
NASA mengakui matahari akan terbit
dari sebelah barat.
Apabila ditafsirkan ayat tersebut dengan Hadis (tafsir bil-hadith), maka didapati kalimat 'tanda-tanda' (alamat semakin hampirnya kiamat) yang disebutkan oleh Allah SWT itu adalah 3 perkara. Pertama Dajjal, keduanya, terbit matahari di sebelah barat, ketiganya keluarnya binatang besar yang menghalau sekelian manusia. Ini dijelaskan di dalam Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan Abu Hurairah r.a,  (soheh Muslim, Kitab Al-Fitan), mafhumnya: "Ada 3 perkara, jika ianya keluar maka tidak ada gunanya iaitu orang yang bertaubat tidak akan diterima sebelum kejadian iaitu terbitnya matahari daripada barat, dajjal dan binatang 'Daabbatul Ard' (binatang bumi)".


 Wallahu a'lam.