Sebuah coretan yang diabadikan
untuk diri sendiri
dan tatapan teman-teman
yang telah mengerjakan haji bersama
dan yang masih ada lagi:
Tanggal 23 Oktober 2010M bersamaan 15 ZULKAEDAH1431H hingga 2 DIsember 2010M bersamaan 25 Zulhijjah 1431H suatu jangkamasa yang amat bermakna dan kenangan manis yang amat sangat dirasai di dalam kehidupan kerana telah menjadi tetamu Allah SWT menziarahi Maqam Rasululullah SAW dan para sahabat di Madinah Al-Munawwaroh, dan mengerjakan Haji dan Umrah di Makkatulmukarromah.
Kaunter Tabung
Haji di Maktab Janadriah, Makkah.
gambar hiasan - Pramugari bersedia membantu ketika jemaah Haji berada di dalam pesawat.
Kepada semua rakan taulan yang telah bersama-sama saya, Muhammad Bahri Al-Muhammad Al-Ansari dan isteri, Rodziah binti Musa menunaikan Haji:
1. Tuan Haji Yatimin bin Haji Yatiman dan Isteri, Puan Hajjah A'isyah binti Haji Asha'ari (dari Kg Pt No. 10 Muar, Johor);
2. Tuan Haji Yusof bin Saiman dan Isteri, Puan Hajjah Fatimah binti Hassan (dari Sawah Ring, Bukit Gambir, Muar, Johor);
3. Tuan Haji Abdul Rahim bin Mohamed dan Isteri, Puan Hajjah Rohaya bte Hussin (dari Kg. Pt. Pinang Seribu, Muar, Johor; dan
4. Tuan Haji Murad bin Jaafar dan Isteri, Puan Hajjah Halijah bte Johan (dari Serom 4, Muar, Johor).
Mudah-mudahan tali persaudaraan kita (yang masih dipinjamkan nyawa oleh Allah SWT terus mengerjakan ibadah dengan ikhlas hanya kerana Allah SWT) terus utuh, kukuh dan segar hendaknya.
Ya Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, Kami pohonkan kepada Mu semoga apalah kiranya buat rakan-rakan kami dari Pagoh, Muar, Johor, yang telah bersama-sama mengerjakan Haji iaitu Allahyarham Tuan Haji Sukemi bin Dollah ( telah kembali ke rahmatullah pada bulan Jun 2012 lebih kurang jam 3.30 petang), dan Isteri, Allahyarhamah Puan Hajjah Sapiah bte Kajat (yang telah kembali ke rahmatullah terlebih dahulu pada 13.7.2011 lebih kurang jam 3.30 petang) dicucuri rahmat ke atas ruhnya dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan beriman mudah-mudahan menjadi penghuni Syurga. Amiin Ya Rabbal 'Aalamiin.

"Ya Allah, Ya Tuhanku.Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah SAW, ahli keluarganya, para sahabat, muslimin dan muslimat sekelian. Betapa besarnya keagungan Mu, mengurniakan nikmat Mu kepada ku menjadi tetamu Mu Ya Allah untuk mengerjakan Fardhu Haji".
Ya Allah, selalu aku menitiskan air mataku bila mengingati segala keagungan dan keindahan semasa di Madinah Al-Munauwaroh,
dan di Makkah Al-Mukarromah tempat menimba ganjaran darjat dan pahala yang tidak terkira banyaknya.
dan di Makkah Al-Mukarromah tempat menimba ganjaran darjat dan pahala yang tidak terkira banyaknya.
Syukur Alhamdulillah Ya Allah, di Masjid Nabawi, aku telah menziarahi Makam Rasulullah SAW dan
para sahabat,
beri'tikaf, bersolat
dan berdoa di Taman Raudhah,
Aku bersyukur, sujud dan menyerah diri kepada Mu ya Allah kerana memberikan aku dan isteriku nikmat ibadah ini. Ya Allah Ya Rabbi, Yang Maha Pemurah dan Maha Pemberi yang telah memberikan rahmatMu mengkabulkan cita-cita dan doaku...
... Ampunilah daku, kedua ibu bapaku, kedua ibu bapa mertuaku, isteriku, anak-anakku, saudara-maraku, muslimin dan muslimat sekelian. Janganlah Kau jadikan Ibadah Haji ini buat kali terakhir, namun aku pohonkan kepada Mu ya Allah agar berilah hamba Mu ini peluang menjadi tetamu mengerjakan Haji dan Umrah lagi di masa-masa akan datang.
Ya Allah Ya Tuhan ku, ampunilah dosaku, rahmatilah aku, lindungilah aku, angkatlah darjatku, rezekikanlah aku, tunjukilah aku, selamatkanlah aku dan maafkanlah aku. Jadikanlah ibuku, diriku, isteriku dan seluruh isi keluargaku dan semua orang-orang mukmin sebagai orang yang ikhlas dalam melakukan setiap ibadah semata-mata kerana Mu. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Mu ya Allah.
Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu kenikmatan, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati dan kasih sayang kepada Mu, Rasullah SAW, Ibu-bapaku dan keluargaku, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keikhlasan, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurgaMu.
Ya Allah, Engkaulah sahaja (Tuhan) yang kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja aku mohon pertolongan, Tunjukilah aku jalan yang lurus, jalan-jalan orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang Engkau telah murkai dan bukan jalan orang yang sesat. Oleh itu permudahkan urusan duniaku mahupun urusan di akhirat kelak.
Ya Allah, sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kepadaMu ya Allah Tuhan sekelian alam.
Ya Allah Ya Tuhanku, ku pohonkan rahmat Mu sepanjang masa ya Allah ... Amiin, ya Rabbal'aalamin."
ooooooooooo
No comments:
Post a Comment