SIRI 1: JAGALAH 'AQIDAH DAN KENALI DAJJAL DI AKHIR ZAMAN

Menuntut ilmu itu difardhukan ke atas orang Islam bagi menjaga 'aqidah' diri agar tidak mudah diganggu gugat.  Firman Allah Ta'ala:

وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ إِلَّا رِجَالًا نُّوحِي إِلَيْهِمْ ۚ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
(Surah 'An-Nahl: 43)
Mafhumnya:
"Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-Rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahuinya".

Pakaian wanita Islam yang 'mukmin'.
Orang Islam yang mukmin patuh akan perintah Allah SWT  dan Rasululullah SAW  
dengan sentiasa mengelakkan diri daripada menjadi tentera-tentera Dajjal Laknatullah.

Firman Allah SWT lagi:
وَمَا أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ إِلَّا رِجَالًا نُّوحِي إِلَيْهِمْ ۖ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
(Surah Al-Ambia': 7)
Mafhumnya:
"Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada Ahluz-Zikri" jika kamu tidak mengetahui".


Setiap muslim difardhukan untuk menuntut ilmu. Di dalam hadis Rasulullah SAW  yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah r.a, dan lain-lainnya, menjelaskan bahawa setiap muslim difardhukan menuntut ilmu :          
           عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ.
Mafhumnya:
Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Menuntut ilmu adalah fardu (wajib) ke atas setiap seorang Islam."
                                                         
Dajjal SiPembohong Besar di akhir zaman
Sebuah ilusi: DAJJAL seorang manusia
paling hina.

Salah satu 'ilmu atau disebut perkhabaran perkara 'ghaib' atau 'ilmu pengetahuan yang perlu diketahui ialah berkenaan dengan 'DAJJAL'.  Dajjal Laknatullah akan bermaharajalela di akhir zaman nanti. Ianya disebut sebagai 'Fitnah Dajjal',  yang menunjukkan sebagai salah satu tanda besar atau alamat kiamat besar yang paling banyak dibahaskan oleh masyarakat. Menurut Yusuf Wabir (periwayat dan tokoh ulama'), Dajjal ada disebutkan oleh Allah SWT tidak secara terang-terangan disebabkan ia adalah manusia luar biasa paling hina perlu diperlekeh-lekehkan malahan diperkecil-kecilkan kerana tidak ada nilai kepada sesiapa pun, bahkan ianya sesat lagi menyesatkan ummat manusia pada zaman itu.  Oleh sebab itu perkara tersebut perlu diketahui oleh semua orang Islam dan memberitahu kepada semua orang bahawa perkara ini tidak boleh tidak pasti akan terjadi.


Sebuah ilusi: Dajjal memberi kemewahan
(Tangan kirinya Syurga, Tangan Kanannya Neraka, tapi sebaliknya).
Namun sehinggakini  masih tidak diterangkan secara sesempurnanya di dalam pembelajaran di sekolah. Cuma yang dikhabarkan hanya disebut sebagai 'alamat besar kiamat' sahaja. Perkara ini jika tidak disampaikan secara ilmiah dan mendalam maka seseorang pelajar itu membesar, kemudian melanjutkan pelajaran, bekerja dan sehinggalah bersara dari alam pekerjaan masih tidak mengetahui siapakah yang dikatakan 'Dajjal' itu. Walaupun ada suatu pengajian yang dinamakan 'Pengajian Sepanjang Hayat' tetapi tidak menjurus kepada 'ilmu perkhabaran ghaib tersebut. Bahkan pihak berkuasa pun dilihat semacam tidak berminat untuk berusaha mengajarkan sepenuhnya kepada murid-murid dan para pelajar.  Begitu juga denga para 'As-Saatizah' (ustaz atau ustazah) yang mahu membincangkan secara khusus tentang Dajjal ini, terlalu kurang sekali dan sangat minimum. Kebanyakannya membincangkan tentang 'keluarga bahagia', 'motivasi' dan sebagainya sahaja, namun untuk menyelamatkan 'aqidah' diri di akhir zaman jarang-jarang dibahaskan. Nah! melalui usaha murni ini suatu yang menjadi pokok persoalan apakah dan siapakan sebenarnya 'Fitnah Dajjal' itu yang perlu diketahui. Perkara ini akan dibahaskan dari siri ke siri dan diberitahu kepada seluruh ummat Islam agar sentiasa berwaspada mudah-mudahan setiap orang Islam mampu menjadi mukmin dengan berbekalkan 'iman' yang cukup untuk menghadapinya jika sampai kepada waktu itu. Diharapkan akan terlerailah permasalahan ini, Insya-Allah. Perkara ini bukan omong-omongan kosong tetapi pasti akan berlaku, cuma waktunya yang tepat saja bila dia akan keluar tidak diberitahu oleh Allah SWT.  Mudah-mudahan umat Islam akan sentiasa mendapat perlindungan Allah SWT.


Dalam satu hadis telah membuktikan telahan Nabi SAW (hadis soheh) diriwayatkan oleh 'Abdullah bin Ahmad (Hadis riwayat Ahmad no. 16073) dalam 'Zawaa id Musnad', Jilid 4 halaman 71):

لَا يَخْرُجُ الدَّجَّالُ حَتَّى يَذْهَلَ النَّاسُ عَنْ ذِكْرِهِ وَحَتَّى تَتْرُكَ الْأَئِمَّةُ ذِكْرَهُ عَلَى الْمَنَابِرِ
Mafhumnya:
 "Dajjal tidak akan keluar sehinggalah manusia lupa untuk ingat kepada Dajjal dan sehinggalah para Imam tidak lagi menyampaikan tentang Dajjal di atas 'mimbar'".  

Ini bermakna apabila di atas mimbar, di pentas-pentas ceramah sudah tidak ada lagi orang menerangkan tentang Dajjal, maka Dajjal hanya menunggu masa sahaja untuk keluar. 

Jarang-jarang ada orang yang ingin mengingatkan sesama kita, cuma kini hanya satu kumpulan rockers sahaja yang menyanyikan lagu "Dajal" (walaupun muziknya sakit untuk didengar dan boleh sakit leher dibuatnya) dengan lirik lagu sebagaimana diberikan:

BumiPutra Rockers / BPR

Dajal 

Dendam
Yang lama terpendam
Dari zaman ke zaman


Tersembunyi
Di balik gunungan
Menantikan arahan


Bertujuan Membinasakan
Bertujuan Untuk memesongkan
Manusia dipeluk rindu
Pada dunia yang palsu, palsu, palsu


( korus )
Oh janganlah kau
Terpedaya dengan Kalimah Yang Menyesatkan

Oh janganlah kau
Terpedaya dengan Dajal Yang Menyesatkan

Dajal
Mungkin tak tersembunyi
Mungkin bermukim di hati


Tak punya belas
Tak punya simpati
Mata satu jinak dengan kemunafikan


Yang membela
Dajal dalam dada
Buta pada sumpah dan janjinya
Manusia dipeluk rindu
Pada dunia yang palsu, palsu, palsu


( ulang korus )



Diharapkan selepas ini adalah agaknya lagu-lagu nasyid mengenai Dajjal dicipta bagi memberi kefahaman dan ingatan yang mudah bukan secara 'formal'. Setakat ini orang lebih suka kepada  PILIHAN RAYA, 
Sibuk tentang kuasa, padahal Allah SWT Maha Kuasa.

















PERHIMPUNAN AGUNG KEPARTIAN,
Mengisi agenda kehidupan.

                                       BOLA SEPAK,
Sanggup menonton walaupun jam 3.00 pagi,
sepatutnya bangun untuk bertahajjud
memohon keredhoan dan keampunan
daripada Allah SWT.

RANCANGAN WANITA,
Satu slot membicarakan hal-hal kemanusiaan.
ALAM, TUMBUH-TUMBUHAN, dan sebagainya.
Sebahagian manusia suka ketenangan 
pada zahirnya sahaja.

Maknanya ini menunjukkan DAJJAL dah nak hampir keluar sangat. Walau bagaimanapun dengan adanya maklumat secara ilmiah ini diharapkan terlepaslah tugas dan tanggungjawab fardhu kifayah memberitahu kepada seluruh ummat Islam di mana sahaja dengan memahaminya menggunakan 'BAHASA MELAYU', suatu bahasa yang mudah difahami.

Sebagaimana Nabi SAW menyampaikan khutbahnya di 'Arafah,
maka maklumat bersiri ini disampaikan kepada semua:
"Ya Allah, bersaksilah ianya disampaikan kepada ummat Islam yang membacanya, dan yang membacanya akan menyampaikan
kepada saudara-saudaranya, anak cucu-cicitnya dan jiran tetangganya, lalu mereka semua hendaklah menyampaikan kepada mereka semua yang dikenali, begitulah selanjutnya".


Namun cerita Dajjal merupakan masalah 'ghaib' yang tidak boleh difahami secara mudah hanya berdasarkan secara penelitian atau hanya berdasarkan 'akal semata-mata. Tetapi ianya "hendaklah berdasarkan kepada khabar, wahyu dan dalil". Apabila khabar, wahyu atau pun dalil tidak menjelaskan sesuatu persoalan yang timbul daripada 'akal manusia, maka janganlah cuba untuk mengada-ngadakan perkara tersebut.









Banyak teori konpirasi telah ditulis bahkan dibukukan tidak bertunjangkan atau tanpa ada dalil.
Dalam membincangkan perkara 'ghaib' ini ianya hendaklah disertakan dengan dalil. Ini disebabkan Islam ditegakkan dengan hujjah dan dalil. Apa-apa juga yang dibahaskan tanpa dalil, maka ianya dianggap tidak tepat dan diragukan. Oleh itu setiap hujjah perlu didasari dengan kitab dan hadisnya. Selain itu hadisnya perlu dibincangkan supaya ianya tidak terpesong dan tidak terlalu mengagungkan 'akal sahaja.


Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment