Old Tastamen |
Kitab Taurat |
Tinjauan hari ini, kini
terlalu banyak teori konspirasi mengenai Dajjal dengan rujukan dan perbandingan
dengan melihat kepada Old Testamen, New Testamen, Kitab Torah, Kitab Veda dan
sebagainya yang semuanya hendak membuktikan tentang adanya Dajjal.
Veda |
Fakta beliau merupakan dialog dengan jin yang berusia sekitar 180 tahun. Wartawan ini banyak pengikutnya sehinggakan persoalan melibatkan apa yang ada di dalam buku itu. Wallahu a'lam. Begitu juga hasil tulisan lain yang dikaitkan freemason dan sebagainya menyebabkan teori-teori seperti illuminati, 'secret society' dan lain-lain lagi perlu dihalusi.
Pelbagai teori konspirasi Dajjal di pasaran karangannya perlu dihalusi |
Pulau Chichi Jima Jepun terletak di Devil's Sea. |
Contoh lain ialah Dajjal
ditemui di 'Pulau Chichi-Jima Jepun'. Ini
semua merupakan teori dan pendapat sahaja.
Ada pendapat mengatakan bahawa Dajjal sedang di pasung di 'Pulau Chichi-Jima Jepun' |
Namun bagi ummat Islam, kita perlu berdasarkan Al-Qur'an, Hadis dan pendapat ulama'. Ianya lebih jelas dan bernas berdasarkan kata-kata Rasulullah SAW di mana ditinggalkan 2 perkara iaitu Al-Qur'an dan Al-Hadis untuk pedoman ummatnya sekiranya ada perkara yang memerlukan kebenaran supaya tidak tersesat. Itulah sebenarnya pegangan ummat Islam.
'Al-Masih Ad-Dajjal' atau 'The False
Mesiah' mengatakan dirinya sebagai Nabi Isa a.s yang ditunggu-tunggu.
Pemahaman tentang Ad-Dajjal bukan sahaja wujud di dalam eskatologi Islam bahkan
Yahudi dan Nasrani (Kristian). Bagi golongan Kristian mereka kenal dengan satu
watak di akhir zaman bernama 'Anti-Crist', manakala Yahudi kenal dengan satu
watak yang akan datang di penghujung dunia iaitu 'Armilos' atau 'Armilious'
yang akan memperdayakan manusia yang mengatakan dirinya 'Al-Masih'. Di dalam
kitab-kitab lama, Dajjal disebut 'Sudu Cristos' atau 'Sudu Prefetes' iaitu The
False Profet (Nabi Palsu).
SiPembohong Besar Dajjal |
Bagi orang Islam, Al-Masih Ad-Dajjal
adalah 'pelengkap' kepada SiPembohong dan Penipu-penipu yang ada di dunia ini. Ini
berdasarkan Hadis Rasulullah SAW (diriwayatkan Muslim daripada Abu Hurairah r.a):
لاَ تَقُوْمُ السَّاعَةُ حَتَّى تَقْتَتِلَ فِئَتَانِ
عَظِيْمَتَانِ يَكُوْنُ بَيْنَهُمَا مَقْتَلَةٌ عَظِيْمَةٌ دَعْوَتُهُمَا
وَاحِدَةٌ وَحَتَّى يُبْعَثَ دَجَّالُوْنَ كَذَّابُوْنَ قَرِيْبٌ مِنْ ثَلاَثِيْنَ كُلُّهُمْ
يَزْعُمُ أَنَّهُ رَسُوْلُ اللهِ وَحَتَّى يُقْبَضَ الْعِلْمُ وَتَكْثُرَ
الزَّلاَزِلُ وَيَتَقَارَبَ الزَّمَانُ وَتَظْهَرَ الْفِتَنُ وَيَكْثُرَ الْهَرْجُ
وَهُوَ الْقَتْلُ وَحَتَّى يَكْثُرَ فِيْكُمُ الْمَالُ فَيَفِيْضَ حَتَّى يُهِمَّ
رَبَّ الْمَالِ مَنْ يَقْبَلُ صَدَقَتَهُ وَحَتَّى يَعْرِضَهُ عَلَيْهِ فَيَقُوْلَ
الَّذِي يَعْرِضُهُ عَلَيْهِ: لاَ أَرَبَ لِي بِهِ؛ وَحَتَّى يَتَطَاوَلَ النَّاسُ
فِي الْبُنْيَانِ وَحَتَّى يَمُرَّ الرَّجُلُ بِقَبْرِ الرَّجُلِ فَيَقُوْلُ: يَا
لَيْتَنِي مَكَانَهُ؛ وَحَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا فَإِذَا
طَلَعَتْ وَرَآهَا النَّاسُ يَعْنِي آمَنُوا أَجْمَعُوْنَ فَذَلِكَ حِيْنَ لاَ
يَنْفَعُ نَفْسًا إِيْمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ أَوْ كَسَبَتْ فِي
إِيْمَانِهَا خَيْرًا.
Mafhumnya:
“Tidak akan terjadi
hari kiamat sehingga dua kelompok besar saling berperang dan banyak terbunuh di
antara dua kelompok tersebut, seruan mereka adalah satu. Dan hingga
dibangkitkannya para Dajjal lagi pendusta hampir 30 orang, semuanya mengaku
bahwa dirinya Rasul Allah, dicabutnya ilmu, banyak terjadi gempa, zaman berdekatan,
fitnah menjadi-jadi, banyak terjadi pembunuhan, melimpah-ruahnya harta di
tengah manusia sehingga para pemilik harta bingung terhadap orang yang akan
menerima sadaqahnya. Sehingga seseorang itu berusaha menawarkannya kepada
seseorang namun orang tersebut hingga ia berkata: ‘Aku tidak memerlukannya’;
orang berlumba-lumba dalam meninggikan bangunan. Ketika seseorang melalui pada
sebuah kuburan dia berkata: ‘Aduhai jika aku berada di sana’; terbitnya
matahari dari sebelah barat dan apabila terbit dari sebelah barat di saat
orang-orang melihatnya, mereka beriman seluruhnya (maka itulah waktu yang tidak
bermanfaat keimanan bagi setiap orang yang sebelumnya dia tidak beriman atau
dia tidak berbuat kebaikan dengan keimanannya).”
Peperangan oleh dua kelompok di zaman moden. |
Dari
keterangan di atas jelaslah sebelum Dajjal keluar, maka satu perang secara
besar-besaran akan berlaku daripada dua kelompok besar. Untuk apa? Untuk menguasai
dunia dan isi-isinya supaya tunduk kepada kuasa yang menang, matlamat akhirnya
supaya 'Islam' tunduk kepada mereka. Kemudiannya akan mengakulah sehingga 30 orang menjadi nabi (semuanya palsu), sehinggalah berlaku segala kedurjanaan di 'alam ini. Mereka semua merupakan pendusta yang sesat lagi menyesatkan.
Sebuah ilusi: Angkatan tentera Islam di akhir zaman. |
Kemudiannya, bagi mengekang masalah itu maka peperangan kedua akan berlaku di antara Islam dan bukan Islam, yang akhirnya Islam akan mencapai
kemenangan. Allah SWT mengutuskan seorang pemimpin melalui kepimpinan
seorang lelaki bernama Muhammad bin 'Abdullah atau dikenali dengan 'Imam Mahdi
a.s. Kemenangan itulah menyebabkan kemudiannya Dajjal Laknatullah keluar untuk
membunuh Imam Mahadi dan pengikut-pengikutnya.
Perlu diketahui bahawa kemunculan Imam Mahdi bukan kerana kemahuan Imam
Mahdi itu sendiri melainkan kerana takdir Allah SWT yang pasti akan berlaku.
Bahkan Imam Mahdi sendiri tidak menyedari bahawa dirinya adalah Imam Mahdi
melainkan setelah Allah SWT meng'islahkan'nya dalam suatu malam, seperti yang
disabdakan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW (diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan
Ibnu Majah), yang mafhumnya: "Al-Mahdi berasal dari umatku, yang akan diislahkan oleh
Allah dalam satu malam." Kemunculan Imam Mahdi akan di dahului oleh beberapa
tanda-tanda sebagaimana yang disebutkan dalam beberapa hadis (riwayat
Al-Bukhari dan Muslim), mafhumnya: Aisyah Ummul
Mukminin r.a. telah berkata, "Pada
suatu hari tubuh Rasulullah SAW bergetar dalam tidurnya. Lalu aku bertanya,
'Mengapa engkau melakukan sesuatu yang belum pernah engkau lakukan wahai
Rasulullah?' Rasulullah SAW menjawab, 'Akan terjadi suatu keanehan, iaitu bahawa
ada satu kelompok orang dari kalangan ummatku akan berangkat menuju Baitullah (Ka'bah) untuk memburu seorang lelaki Quraisy yang pergi mengunjungi
Ka'bah. Sehingga apabila mereka tersebut telah sampai ke padang pasir, maka
mereka ditelan bumi. Kemudian aku bertanya: 'Bukankah di jalan padang pasir itu
terdapat bermacam-macam orang?' Rasulullah SAW menjawab: 'Benar, di antara mereka
yang ditelan bumi tersebut ada yang sengaja pergi untuk berperang, dan ada pula
yang dipaksa untuk berperang, serta ada pula orang yang sedang berada dalam
suatu perjalanan, akan tetapi mereka binasa dalam satu waktu dan tempat yang
sama. Sedangkan mereka berasal dari arah (niat) yang berbeza-beza. Kemudian
Allah SWT. akan membangkitkan mereka pada hari kebangkitan, menurut niat mereka
masing-masing".
Sebuah ilusi: Seorang pejuang Islam. |
Kemunculan
Imam Mahadi a.s akan terjadi apabila manusia yang mengaku Islam menjadikan
agama sebagai kepentingan mereka sahaja, padahal dengan sengaja mereka
mengenepikan saudara Islam yang lainnya. Hal ini merujuk kepada Firman Allah
SWT sebagaimana berikut:
مِنَ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا ۖ كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ
فَرِحُونَ
(Surah
Ar-Rum: Ayat 32)
Mafhumnya:
Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman ugama mereka berselisihan
mengikut kecenderungan masing-masing
serta mereka pula menjadi berpuak-puak;
tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya (dari fahaman dan
amalan yang terpesong itu).
Perkataan
'Dajjal' sering digunakan untuk menamakan seseorang yang banyak berdusta dan
banyak menipu ummat manusia. Mereka mendokong kesesatan yang mengaku diri
sebagai nabi setelah Rasulullah SAW wafat adalah para Dajjal. Dan bila disebutkan
Dajjal secara mutlak maka tidak ada yang tergambar dalam fikiran setiap orang adalah
Ad-Dajjal Al-Akbar (Dajjal yang terbesar penipunya) yang akan
muncul di akhir zaman sebagai tanda dekatnya hari kiamat itu, dengan bersifat buta sebelah matanya.
Ini merujuk Nabi SAW yang
bersabda (Hadis di dalam Musnan Ahmad), yang mafhumnya: "Sesungguhnya demi Allah tidak akan terjadinya
kiamat hingga keluarnya 30 orang pembohong besar di dalam dunia. Yang terakhir
di kalangan pembohong besar adalah 'SiButa Sebelah Mata' yang mana dialah
'SiPendusta Dajjal'
Wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment