Merujuk Hadis (Soheh) yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah r.a, (no.
4067), Nabi SAW menjelaskan:
يَا عِبَادَ اللَّهِ فَاثْبُتُوا فَإِنِّي
سَأَصِفُهُ لَكُمْ صِفَةً لَمْ يَصِفْهَا
إِيَّاهُ نَبِيٌّ قَبْلِي يَقُولُ أَنَا رَبُّكُمْ وَلَا تَرَوْنَ رَبَّكُمْ حَتَّى تَمُوتُوا
إِيَّاهُ نَبِيٌّ قَبْلِي يَقُولُ أَنَا رَبُّكُمْ وَلَا تَرَوْنَ رَبَّكُمْ حَتَّى تَمُوتُوا
Mafhumnya:
“Wahai
hamba Allah, wahai para manusia, teguhkanlah diri kamu, kerana aku akan
menerangkan sifat-sifatnya (Ad-Dajjal) yang belum pernah diterangkan oleh
seorang Nabi pun sebelumku. Ia (Ad-Dajjal) akan berkata: 'Aku adalah Rabb
kamu.' Sedangkan kamu tidak akan boleh melihat Allah kecuali setelah kamu mati.”
Dari Umar Al-Khattab r.a
bahawa Nabi SAW pernah memberitahunya tentang Dajjal (Hadis Soheh Al-Bukhari di
dalam Kitab Al-Fittan bab 'Zikrud-Dajjal' dan Soheh Al-Muslim di dalam Kitab
Al-Iman bab 'Zikrul Masih Ibn Maryam Wal Masihid-Dajjal':
بَيْنَمَا
أنا نائمِ أطوف بالكعبة وإذا رجل آدَمُ سَبْطُ الشّعرِ يُهَوِّدُ بين رجلين
يَنْطِف رأسهُ ماءً أو يُهْرِق ماء فقلت : من هذا؟ قالوا : هذا المسيح ابْنُ
مَريمْ ، فَذَهبت ألتفت فإذا رجل أحمرُجسيمٌ جَعْدُ الرأس؟ أعوَرُ الْعَيْن اليمنى
كأن عينه عنبة طافِيةٌ؟ قلت : مَن هَذا؟ قالوا : الدجالُ : وأقرب الناس به شبهاً
ابْنُ قطن قال الزهري : ابن قطن رجل من خزاعة هلك في الجاهلية.
Mafhumnya:
Nabi SAW sedang tidur dan bermimpi sedang melakukan
tawaf keliling Ka'abah dan Baginda SAW tertemu dengan Nabi Isa bin Maryam a.s
dan Nabi SAW melihat Dajjal. Kata Nabi SAW: "Tiba-tiba sahaja ada seorang
lelaki (manusia) dengan badan yang besar, merah kulitnya, rambutnya kerinting,
matanya buta sebelah seolah-olah matanya adalah buah anggur yang tertonjol (menonjol).
Orang yang paling mirip dengan Dajjal ini adalah Ibn Khotonim (dari Bani
Khuza'ah), nama sebenarnya Abdul 'Uzza bin Khotonim bin Amru Al-Khuza'e,
keturunan dari Bani Mustaliq daripada Khuza'ah, ibunya bernama 'Hallah binti
Khuwailid dan meninggal pada zaman jahiliyah".
Riwayat Syaidina Umar bahawa
Nabi SAW menceritakan Dajjal sedang berada di tengah-tengah manusia. Lalu
Baginda SAW bersabda (Hadis Soheh Al-Bukhari dalam Kitab Al-Fittan Bab
Zikrud-Dajjal dan Soheh Muslim Kitab Al-Fittan Waa Shatus Sya'ah Bab
Zikrud-Dajjal:
إنه أعورُ وإِن الله ليس بأعورَ عينُه الْيُمْنى كأنها عِنَبَة
طَافِيَةٌ
Mafhumnya: "Sesungguhnya ia (Dajjal) buta sebelah matanya dan Allah
tidak buta mata sebelahnya, ketahuilah sesungguhnya mata sebelah kanan Dajjal bagaikan
anggur yang menonjol (Looks like a bulging out grape)".
Namun ada riwayat yang
mengatakan mata kiri yang buta, setengah pula kanan yang buta. Semuanya soheh.
Mengikut Al-Hafiz Al-Hajjar di dalam Kitab 'Fathul-Bari', mengikut Ibnu Umar
yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dan yang mejelaskan mata kanannya
yang buta adalah lebih kuat. Al-Kadhi berpendapat kedua-dua mata Dajjal itu
cacat. Mata sebelah kanan hilang cahayanya manakala mata kiri ada 'daging
tebal' yakni tertutup tapi masih ada cahaya, mengikut kalimat 'al-a'war'
yakni 'kecacatan kedua-dua mata' dan kecacatan rupa fizikal mata
tersebut. Pendapat Imam Nawawi dalam 'Syarah An-Nawawi Lis-Soheh Muslim' Jilid
Ke-2, di dalam komennya bahawa penggabungan inilah yang paling tepat sekali dan
pendapat inilah yang paling kuat oleh 'Abu 'Abdillah Al-Khurtubi di dalam
'At-Tazkirah' .
Di dalam sebuah hadis dari An-Nawwas r.a, (hadis soheh Muslim):
إنه شاب قطط عينه طافية كأني أشبهه بعبد العزى بنقطن
Mafhumnya:
"Ia adalah seorang pemuda, rambutnya
sangat kerinting, matanya menonjol seolah-olah aku teringat atau sedang
menyerupakan dengan 'Abdul 'Uzza bin Qathnim".
Di dalam hadis lain dari 'Ubadah bin Somet, Nabi SAW bersabda (di dalam
Sunnan Abu Daud, No. 2455):
إن مسيح الدجال رجل قصير جعد أعور مطموس العين ليس بنا تئة ولا
حجرا فإن ألبس عليكم فاع لموا أن ربكم ليس بأع ور
Mafhumnya: "Sesungguhnya Dajjal
adalah seorang lelaki, pendek, jarak antara kedua betisnya berjauhan, rambut
kerinting, buta sebelah, mata yang terhapus tidak terlalu menonjol, tidak pula
terlalu ke dalam, maka jika dia melakukan huru-hara maka sesungguhnya Tuhan kamu tidak buta
matanya".
Dalam hadis Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda (hadis dalam
Musnad Imam Ahmad - Tahkik dan sharar oleh Ahmad Shakir):
وأما مسيح الضلالة فإنه أعور العين أجلى الجبهة عريض النحر فيه دفأ كأنه قطن بن عبد العزى
Mafhumnya: "Adapun Masihud Dholaalah (Dajjal), maka
sesungguhnya dia buta sebelah matanya, keningnya lebar, atas dadanya bidang dan
badannya agak bongkok mirip dengan Qathnim Ibnu Abdil Uzza
".
Dalam hadis lain dari Khuzaifah r.a, (hadis dalam Soheh Muslim -
Kitab 'Al-Fitan Wa-asrotus Sa'ah' bab Zikrud-Dajjal), mafhumnya: Dajjal itu buta mata sebelah kirinya dan berambut
kerinting"
Apabila dirangkumkan kesemuanya mengenai riwayat-riwayat hadis
Rasulullah SAW, maka Dajjal itu adalah 'manusia' atau 'orang' bukannya mahluk
pelik atau teknologi atau bersifat teori konspirasi.
Hadis riwayat Imam Bukhari
dalam Kitab 'Al-Fitan' Bab 'Zikrud-Dajjal' dan dalam Soheh Muslim:
ألا إنه أعور وإن ربكم ليس بأعور وإن بين عينيه مكتب ك ف ر
Mafhumnya:
Sebuah ilusi sahaja: Setiap orang Islam yang mukmin boleh baca tulisan di dahi DAJJAL - ك ف ر |
"Ketahuilah
sesungguhnya dia (Dajjal) buta sebelah sedangkan Tuhan kamu tidak buta. Dan
sesungguhnya di antara dua mata Dajjal itu tertulis perkataan - ك ف ر".
Sementara di dalam riwayat
lain, Hadis Soheh Muslim jilid 18 muka surat 61:
ثم تهجاها (ك ف ر) يقروه
Mafhumnya: "Setiap mukmin boleh membaca tulisan pada dahi Dajjal - ك ف ر
".
Menjelaskan juga tulisan akan
nampak secara hakiki. Semua manusia Islam yang mukmin boleh membaca tulisan tersebut, tidak kira
yang pintar mahu pun yang bodoh. Begitu juga orang yang buta huruf - ummi
(tidak boleh membaca dan menulis) tetap tahu mengenai tulisan itu. Namun setiap
orang kafir, walau sepandai mana pun,
tidak akan nampak tulisan atau makna tulisan itu.
Setiap jet perang Israel tertera tulisan - KFIR. |
Dalam IDF (Israel Defence
Forces) telah ditubuhkan "Brigade 900" dikenali sebagai
brigade "KFIR" dimaknakan 'anak singa', tetapi di dalam Islam 'Kfir' itu adalah 'orang yang tidak beriman'. Kapal terbang,
ambulance, baju, logo semuanya ditulis dengan "KFIR" bagi 180
pelbagai negara yang membantu Israel. Nabi SAW pernah menyebut "kamu akan dihurung oleh
musuh-musuh kamu sebagaimana lalat menghurung makanan".
Tapi ulama' telah mengatakan yang boleh baca hanya 'orang Islam' sahaja. Oleh
itu sesiapa sahaja yang tidak nampak tulisan itu atau tidak perasan akan tulisan tersebut semasa melihat apa jua asset
Brigade 900 itu, maka dinasihatkanlah "bertaubat"
segera, supaya kenal akan diri sendiri, bukan setakat 'Islam' atas nama sahaja tetapi 'Islam yang mukmin'.
Marilah kerjakan perkara yang disuruh dan tinggalkanlah perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT. Bagi orang lelaki, marilah dan usahakanlah untuk mendirikan sembahyang waktu di masjid, atau mengajak kawan-kawan solat berjama'ah sekiranya di tempat kerja, marilah usahakan diri dengan menghindari bersolat waktu secara bersendirian. Dekatilah ceramah-ceramah agama sama ada di masjid atau pun di surau. Aduhai para ibu atau isteri sekelian, pujuklah suami anda setiap waktu solat atau apabila mendengar azan dilaungkan, agar mudah suami anda cintakan masjid. Jika suami ingin sembahyang di rumah, suruh suami menjadi Imam, isteri jadi makmum. Selalu-selalulah ingatkan suami untuk mendengar ceramah-ceramah agama sama ada di masjid atau di surau sebagai bekalan dan panduan hidup sebelum 'malaikat maut' datang menghampiri. Mudah-mudahan kehidupan sentiasa mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
Marilah kerjakan perkara yang disuruh dan tinggalkanlah perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT. Bagi orang lelaki, marilah dan usahakanlah untuk mendirikan sembahyang waktu di masjid, atau mengajak kawan-kawan solat berjama'ah sekiranya di tempat kerja, marilah usahakan diri dengan menghindari bersolat waktu secara bersendirian. Dekatilah ceramah-ceramah agama sama ada di masjid atau pun di surau. Aduhai para ibu atau isteri sekelian, pujuklah suami anda setiap waktu solat atau apabila mendengar azan dilaungkan, agar mudah suami anda cintakan masjid. Jika suami ingin sembahyang di rumah, suruh suami menjadi Imam, isteri jadi makmum. Selalu-selalulah ingatkan suami untuk mendengar ceramah-ceramah agama sama ada di masjid atau di surau sebagai bekalan dan panduan hidup sebelum 'malaikat maut' datang menghampiri. Mudah-mudahan kehidupan sentiasa mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment