Dajjal mengaku menjadi Tuhan |
Wahai semua saudara Islam,
ketahuilah dengan sebenar-benarnya bahawa sewajarnya bagi orang Islam perlu
tahu bahawa 'Fitnah Dajjal' ini adalah seberat-berat ujian yang
ditimpakan kepada semua ummat Islam di pengakhiran zaman nanti. Ayat ini bukan
main-main, tetapi apabila seseorang Islam itu 'beriman' (mempercayai) akan
berlakunya Hari Kiamat, 'Fitnah' (dugaan) yang dikatakan amat berat itu akan
berlaku. Sebab itu dengan tahap iman yang nipis berdasarkan kemungkaran yang
berlaku di sana-sini pada hari ini kemungkinan besar ramai orang yang mengaku Islam (muslim) tidak mungkin akan berupaya untuk
menanggungnya dengan ujian teramat berat daripada Dajjal ini.
Di dalam satu hadis soheh,
hadis riwayat Muslim (Hadis No.2946), Rasulullah SAW bersabda:
ما بين خلق آدم عليه السلام
إلى قيام الساعة أمر أكبر من الدجال
Mafhumnya:
"Di
antara penciptaan Adam dan terjadinya Kiamat, tidak ada fitnah (dugaan) yang
lebih besar daripada Ad-Dajjal".
Mengikut satu lagi hadis soheh, hadis Riwayat Ahmad
(Hadis no. 22215), sesiapa juga yang selamat
dari fitnah sebelum Dajjal, maka ia akan selamat dari fitnah Dajjal,
Rasulullah SAW bersabda:
ذُكِرَ الدَّجَّالُ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ لَأَنَا لَفِتْنَةُ بَعْضِكُمْ أَخْوَفُ عِنْدِي مِنْ
فِتْنَةِ الدَّجَّالِ وَلَنْ يَنْجُوَ أَحَدٌ مِمَّا قَبْلَهَا إِلَّا نَجَا
مِنْهَا وَمَا صُنِعَتْ فِتْنَةٌ مُنْذُ كَانَتْ الدُّنْيَا صَغِيرَةٌ وَلَا
كَبِيرَةٌ إِلَّا لِفِتْنَةِ الدَّجَّالِ
Mafhumnya:
”Sungguh fitnah yang terjadi di antara kamu lebih aku takuti
dari fitnah Dajjal, dan tiada seseorang yang dapat selamat dari rangkaian
fitnah sebelum fitnah Dajjal melainkan akan selamat pula darinya (Dajjal), dan
tiada fitnah yang dibuat sejak adanya dunia ini (baik kecil ataupun besar)
kecuali fitnah Dajjal.”
Kata Imam An-Nawawi di dalam
Al-Minhaj Sarah Sohih Muslim Jilid yang ke-18, muka surat 87, yang dimaksudkan
di dalam hadis tersebut adalah tidak ada fitnah atau tidak ada masalah yang
lebih besar daripada masalah Dajjal.
Ceritakanlah kepada anak-cucu mengenai fitnah Dajjal itu. |
Pemberitahuan ini mungkin amat
berguna pada diri kita, kalau tidak pun pandanglah kepada anak-anak kita bahkan
kepada cucu-cucu kita yang perlu mengetahuI 'Fitnah Dajjal' ini yang telah
diberitahu oleh Rasulullah SAW. Kalau pun kita merasakan telah mempunyai iman
yang boleh dikatakan tinggi dan baik, tapi bagi mereka semua bagaimana?
Agak-agaknya mereka kekal Islam yang mukmin yang macam kita pada hari ini
dengan dugaan Dajjal yang begitu luar biasa sekali?
Nabi SAW menyatakan
kebimbangan tentang Dajjal yang mana Ibnu Umar r.a, telah menceritakan bahawa Rasulullah SAW
berdiri di hadapan para sahabat dan ramai manusia dengan menceritakan tentang
Dajjal dan akhirnya Rasulullah SAW bersabda (Hadis Riwayat Al-Bukhari, No. 3337
dan Riwayat Muslim No. 1669),
قَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ فِي النَّاسِ فَأَثْنَى عَلَى اللهِ بِمَا هُوَ أَهْلُهُ ثُمَّ ذَكَرَ
الدَّجَّالَ فَقَالَ: إِنِّي أُنْذِرُكُمُوْهُ وَمَا مِنْ نَبِيٍّ إِلاَّ قَدْ
أَنْذَرَهُ قَوْمَهُ، لَقَدْ أَنْذَرَهُ نُوْحٌ
قَوْمَهُ وَلَكِنْ سَأَقُوْلُ لَكُمْ فِيْهِ قَوْلاً لَمْ يَقُلْهُ نَبِيٌّ
لِقَوْمِهِ، تَعْلَمُوْنَ أَنَّهُ أَعْوَرُ وَأَنَّ اللهَ لَيْسَ بِأَعْوَرَ
Mafhumnya:
Sebuah ilusi: Mata Dajjal sebelah buta |
Berdiri
Nabi SAW di hadapan sahabat dan manusia dengan memberitahu mengenai Dajjal
dengan sabdanya "Aku akan ceritakan kepada kamu tentang Dajjal dan tidak
ada seorang nabi pun melainkan mereka juga telah menceritakan tentang Dajjal
kepada kaum mereka. Sesungguh Nabi Nuh telah mengingatkan kaumnya tentang
Dajjal, akan tetapi hari ini aku inginkan katakan kepada kamu berkenaan dengan
Dajjal yang tidak pernah dikatakan oleh seorang nabi pun sebelum ini pun kepada
kaumnya iaitu Dajjal itu buta sebelah matanya, sedangkan Allah sama sekali
tidaklah buta".
Dalam sebuah hadis lain yang
diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a (Hadis riwayat Al-Bukhari No. 1731),
مَا مِنْ نَبِيٍّ إِلاَّ وَقَدْ أَنْذَرَ
أُمَّتَهُ اْلأَعْوَرَ الْكَذَّابَ، أَلاَ إِنَّهُ أَعْوَرُ وَإِنَّ رَبَّكُمْ
لَيْسَ بِأَعْوَرَ وَمَكْتُوْبٌ بَيْنَ عَيْنَيْهِ ك ف ر
Mafhumnya:
Sebuah ilusi: Rambut kerinting dan Pendusta besar. |
"Tidaklah
seorang nabi yang diutuskan melainkan nabi itu mesti memperingatkan kaumnya
terhadap seorang yang buta sebelah matanya dan juga seorang yang pendusta yakni
Dajjal. Ketahuilah bahawasanya Dajjal itu buta sebelah matanya sedangkan
Tuhanmu tidak buta, tertulis di antara kedua matanya ك ف ر".
Kisah Kartun Kanak-kanak Naruto yang mempunyai kuasa
bergerak pantas dengan memakai jenama 'ك ف ر '' di dahinya
|
Dalam hadis lain daripada Abu
Umamah r.a (Hadis dikeluarkan di dalam Al-Jame' Soghir), hadis yang soheh:
إِنَّهُ لَمْ تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الْأَرْضِ مُنْذُ ذَرَأَ اللَّهُ
ذُرِّيَّةَ آدَمَ أَعْظَمَ مِنْ فِتْنَةِ الدَّجَّالِ وَإِنَّ اللَّهَ لَمْ
يَبْعَثْ نَبِيًّا إِلَّا حَذَّرَ أُمَّتَهُ الدَّجَّالَ وَأَنَا آخِرُ
الْأَنْبِيَاءِ وَأَنْتُمْ آخِرُ الْأُمَمِ وَهُوَ خَارِجٌ فِيكُمْ لَا مَحَالَةَ
Mafhumnya:
"Sungguh,
semenjak Allah menciptakan anak cucu Adam, idak ada fitnah yang lebih dahsyat
daripada fitnah Dajjal. Dan tidak ada satu nabi pun yang diutus oleh Allah
melainkan dia akan mengingatkan kepada ummatnya mengenai fitnah Dajjal
sedangkan aku adalah nabi paling akhir dan kamu juga ummat paling akhir, maka
tidak dapat dimungkiri lagi bahawa Dajjal akan muncul di tengah-tengah kamu".
Sebuah ilusi: Dajjal memberi kemewahan (Tangan kirinya Syurga, di tangan kanannya Neraka, tetapi sebaliknya) |
Kalau di hari ini jika ada manusia yang mengaku menjadi Tuhan, maka itu adalah aneh, atau menjadi bahan ketawa sahaja, tapi
bila tiba masanya nanti akan ramai manusia yang percaya bahawa Dajjal itu Tuhan kerana dia dikurniakan oleh Allah SWT dengan kuasa
yang teramat sakti.
Wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment