SIRI 6 : PERKATAAN 'AD-DAJJAL' TIDAK LAYAK DIRAKAM DI DALAM AL-QUR'AN

Sebelum meneruskan lebih lanjut lagi mengenai Dajjal, marilah kita membaca doa berikut sebagaimana yang diajarkan 
oleh Rasulullah SAW. 

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ

وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَفِتْنَةِ الْمَمَاتِ
Mafhumnya:

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari seksa kubur,
dan aku berlindung kepada-Mu dari fitnah Al Masih Ad-Dajjal, 
dan aku berlindung kepada-Mu daripada fitnah hidup dan fitnah mati. 


Menurut Yusuf Wabir, Dajjal ada disebutkan oleh Allah SWT tidak secara nyata di dalam firman-Nya:

لَخَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ أَكْبَرُ مِنْ خَلْقِ النَّاسِ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
(Surah Al-Ghofir 40: Ayat 57)
Mafhumnya:
Penciptaan cakrawala oleh Allah SWT.
"Demi sesungguhnya, menciptakan langit dan bumi (dari tiada kepada ada) lebih besar (dan lebih menakjubkan) daripada menciptakan manusia dan menghidupkannya semula (sesudah matinya); akan tetapi kebanyakan manusia (yang mengingkari hari kiamat) tidak mengetahui (tidak beriman)"

Menurut Yusuf Wabir lagi, Dajjal ada disebutkan oleh Allah SWT tidak secara terang-terang kerana ia adalah manusia paling hina perlu diperlekeh-lekehkan dan diperkecil-kecilkan kerana tidak ada nilai di 'alam kehidupan. Oleh sebab itu namanya tidak layak dimasukkan ke dalam Al-Qur'an disebabkan dia mengaku sebagai 'Tuhan' dan ianya akan berlaku pada akhir zaman.

Fir'aun (Ramses 2) mengaku
jadi Tuhan.
Persoalan yang timbul sekarang adalah Fir'aun mengaku jadi Tuhan tapi ada disebut di dalam Al-Qur'an, mengapa? Ini kerana Fir'aun telah pun berlalu sebelumnya turun Al-Qur'an dan telah pun selesai mengenainya serta tidak akan wujud lagi. Allah SWT rakamkan kisah-kisah Fir'aun di dalam Al-Qur'an supaya menjadi pengajaran kepada ummat manusia.

Hasil kajian mengenai 'Dajjal'.
Adapun 'Dajjal' ia akan terjadi pada akhir zaman. Sekalipun tiada disebutkan di dalam Al-Qur'an, namun akan ada orang yang akan membuat kajian tentang Dajjal. Oleh itu Dajjal ini tidak dinyatakan secara jelas, namun semua orang tahu kerana telah diingatkan oleh semua para nabi.

Penciptaan langit dan bumi
adalah lebih besar
dan bermakna.







Menurut  Abu 'Aliah atau Rofeq bin Mahran Ar-Royahi (tokoh tabi'in yang meriwayatkan riwayat Nabi SAW daripada ramai sahabat) mengatakan yang mafhumnya:
Membesar-besarkan Dajjal.
"Penciptaan langit dan bumi adalah lebih besar daripada penciptaan Dajjal ketika kaum Yahudi membesar-besarkan Dajjal".



Sebuah ilusi: Yakjuj Wa Makjuj
dipenjarakan menunggu keluar ....
Kata Ibnu Hajar dalam 'Fathul Bari' penyebutan tentang Dajjal di dalam Al-Qur'an sebenarnya sentiasa ada kerana apabila Allah SWT menyebut 'Yakjuj Makjuj' maka ianya juga adalah cerita Dajjal disebabkan fitnah Yakjuj Makjuj sangat dekat tempohnya dengan fitnah Dajjal.
Di sinilah agaknya Yakjuj & Makjuj dipenjarakan.
Wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment