Di dalam Al-Qur'anul Karim ada menyebut turunnya Masidul-Huda
Nabi Isa a.s ke muka bumi walau pun tiada perkataan 'Dajjal' secara khusus.
Pekerjaan Nabi Isa a.s apabila turun ke bumi nanti ialah untuk membunuh Dajjal
yang sedang bermaharajalela di bumi Allah SWT pada ketika itu.
Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Umamah Al-Bahili,
mafhumnya:
"Rasulullah SAW berkhutbah di
hadapan kami, yang mana isi khutbah yang paling banyak ialah tentang Dajjal dan
Baginda menerangkan kepada kami, lalu Baginda menerangkan tentang keluarnya
Dajjal kemudian turunnya Nabi Isa untuk membunuh Dajjal. Nabi Isa berkata:
Bukalah pintu. Lalu pintu itu pun dibukakan. Dan Dajjal datang bersama-sama
dengan 70,000 orang Yahudi semuanya memegang pedang, memakai perhiasan dan as-saj". Di dalam bahasa 'Arab tidak perlu disebut 'Masihud-Dajjal', para ulama' mengatakan sebutan 'Masihul-Huda' adalah memadai, kerana kebiasaan orang 'Arab menyebut tanpa yang berlawanan, ada Nabi Isa a.s sudah tentu adanya Dajjal. Oleh itu ayat Al-Qur'an diturunkan adalah untuk memberi kefahaman kepada semua manusia. Firman Allah SWT:
قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا أَنزِلْ عَلَيْنَا
مَائِدَةً مِّنَ السَّمَاءِ تَكُونُ لَنَا عِيدًا لِّأَوَّلِنَا وَآخِرِنَا
وَآيَةً مِّنكَ ۖ وَارْزُقْنَا
وَأَنتَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ
(Surah
Al-Maidah 5: Ayat 114)
Mafhumnya:
"Isa
ibni Maryam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata: Ya Allah, Tuhan
kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi
hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang
kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang
menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami,
kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki".
Firman Allah SWT lagi:
مَا قُلْتُ لَهُمْ إِلَّا مَا أَمَرْتَنِي بِهِ أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ رَبِّي وَرَبَّكُمْ ۚ وَكُنتُ عَلَيْهِمْ شَهِيدًا مَّا دُمْتُ فِيهِمْ ۖ فَلَمَّا تَوَفَّيْتَنِي كُنتَ أَنتَ الرَّقِيبَ عَلَيْهِمْ ۚ وَأَنتَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ
(Surah
Al-Maidah 5: Ayat 117)
Mafhumnya:
"Aku (Isa
a.s) tidak mengatakan kepada mereka melainkan apa yang Engkau (Allah) perintahkan
kepadaku mengatakannya, iaitu: `Sembahlah kamu akan Allah, Tuhanku dan Tuhan
kamu ' dan adalah aku menjadi pengawas terhadap mereka (dengan membenarkan yang benar dan
menyalahkan yang salah) selama aku berada dalam kalangan mereka; kemudian
apabila Engkau sempurnakan tempohku, menjadilah Engkau sendiri yang mengawasi
keadaan mereka, dan Engkau jualah yang menjadi Saksi atas tiap-tiap sesuatu".
Ini bermakna perlunya Nabi Isa turun ke bumi adalah disebabkan Dajjal kerana Baginda a.s ditugaskan untuk membunuh Dajjal Laknatullah itu.
'As-saaj' - jubah besar |
Kenyataan tersebut merujuk Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Umamah Al-Bahilih r.a di atas di mana Dajjal akan datang bersama-sama dengan 70,000 orang Yahudi semuanya memegang pedang serta memakai perhiasan dan 'assaajah' - Assaajah bermaksud jubah besar seperti pakaian orang Iran dan orang 'Arab.
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment