NYANYIAN ! Perkataan tersebut begitu sinonim kepada semua orang. Namun, baik dilakukan dengan bermuzik maupun tanpa alatan muzik ianya merupakan perkara yang hangat diperdebatkan oleh para ulamak fuqaha' (ahli feqah) muslimin sejak zaman
dahulu lagi.
Peralatan muzik zaman moden. |
Ada di antara mereka yang
membolehkan nyanyian, baik dengan menggunakan iringan peralatan muzik maupun
tidak, dengan berdasarkan beberapa hadis Rasulullah SAW. Namun sebahagian ulama' lagi tidak membolehkan
nyanyian yang menggunakan muzik tetapi membolehkannya bila tidak menggunakan
muzik. Ada pula yang melarangnya
sama sekali, dengan menganggapnya nyanyian itu haram baik menggunakan muzik
atau tiada muzik kecuali “kompang” (rebana).
Rebana: Salah satu kesenian yang masih diamalkan.. |
Namun sebahagian ulama'
cenderung dengan berpendapat bahawa nyanyian adalah diharuskan, kerana "asal" segala sesuatu itu adalah halal, selama tidak ada nas sahih yang
mengharamkannya. Kalaupun ada
dalil-dalil yang mengharamkan nyanyian, adakalanya dalil itu sharih (jelas)
tetapi tidak sahih, atau sahih tetapi tidak sharih.
Secara
kesimpulannya maka mengambil jalan tengah adalah sebagai jalan keluar yang boleh digunapakai berdasarkan
pandangan Al-Imam Yusuf Al-Qaradhawi. Ini
kerana isu muzik mula dibahaskan di zaman sahabat dan tabi'in. Maka hukum peralatan
muzik (baik dari peralatan atau penghasilan komputer masakini) itu harus dan keharusannya bergantung kepada penggunaannya. Kecualilah alat-alat muzik itu menjadi lambang “kefasikan” kerana mengganggu jiwa, akal dan fikiran manusia serta dijuruskan kepada agama tertentu menurut
pandangan 'uruf (budaya setempat).
Pengharaman nyanyian dan muzik berlaku apabila ia bercampur dengan perkara-perkara yang jelas-jelas haram seperti nyanyian yang disertakan dengan arak atau pergaulan lelaki dan wanita tanpa batasan, bersandarkan seni
kata yang bercanggah dengan iktiqad Islam dengan muzik yang digunakan adalah 'melampau'. Sebagai contoh seperti rock yang semua orang tahu padanya tidak pun mendatangkan ketenangan malahan mendatangkan ketegangan emosi yang tidak
stabil. Oleh itu nyanyian dan muzik hukumnya harus selagi mana etika
Islam dipelihara di dalamnya seperti nyanyian yang menggambarkan keindahan
alam, kasih sayang sesama manusia (bukan lagu-lagu cinta yang membangkitkan syahwat dan memuja-muji individu yang sememangnya 'haram' dan 'fasik' jika melakukannya), ketuhanan, kedamaian dan sebagainya.
Nah… Berdasarkan jalan
tengah di atas itu apakah yang sedang berlaku mengenai muzik hiburan masakini? Ya..., di mana-mana sahaja kebanyakan peralatan muzik yang digunakan (tidak perlu
dijelaskan satu persatu) amat melampaui
batas dengan iringan dan cara persembahan nyanyian yang tidak sepatutnya serta
keterlaluan, jelas-jelas nyata sekali bertentangan dengan syariat Islam (salah
satu agenda Yahudi untuk memesong dan menyesatkan aqidah ummat Islam. Inikah bala yang diturunkan oleh Allah SWT, kerana ummat Islam di Malaysia ramai yang meninggalkan tabligh dan dakwah yang perlu disampaikan kepada semua sama ada kepada orang Islam mahu pun kepada non-muslim. Lihatlah, peralatan yang digunakan serta persembahan yang ditunjukkan adalah bertentangan dengan Islam, kebanyakannya semacam menjadi suatu kebiasaan manusia, dari usia kecil hinggalah dewasa tiada merasakan sebarang kekesalan selepas menyanyi di khalayak ramai malahan berbangga yang amat sangat, seolah-olah tidaklah sempurna kehidupan pada hari itu jika tidak melakukannya).
Seandainya sang unggas diberi
fikiran di waktu ini, sudah barang tentu mereka akan menghukumkan secara terang tanpa berselindung bahawa sebilangan besar persembahan muzik dan nyanyian masa ini amat
terpesong dan menyesatkan.
Rasulullah Salallahhu 'Alaihi Wa Alihi Wasahbihi
Wasallam telah meninggalkan dua perkara sebagai panduan hidup kita iaitu
Al-Quranulkarim dan As-Sunnah jika mahu kehidupan yang selamat di dunia dan di akhirat. Marilah kita lihat dan teliti Firman Allah SWT:
وَمِنَ
النَّاسِ مَن يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَن سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ
عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا ۚ أُولَٰئِكَ
لَهُمْ عَذَابٌ مُّهِينٌ
(Surah Luqman: Ayat 6)
Maksudnya:
“Dan ada di
antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada
cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan (termasuklah nyanyian) yang melalaikan; yang berakibat
menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan
sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu
sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang
menghinakan”
Setiap hari, di sana sini, mahu tak mahu
kita akan mendengar laungan dan alunan muzik… Kebanyakan orang khususnya muda-mudi yang
dikategorikan sebagai “generasi Y” yang disogokkan dengan berbagai-bagai pertandingan, begitu juga dengan anak-anak manis yang melebihi umur 40 tahun ke atas serta warga emas, tidak kurang juga yang suka digelar Tuan Haji atau Puan Hajjah ramai yang tidak boleh meninggalkan muzik yang melalaikan itu. Lihatlah sahaja di mana-mana, mereka berkaraoke malahan “berduet” dengan sesiapa sahaja yang
mereka mahu bahkan dengan “isteri” orang di dalam majlis-majlis tertentu mahu pun majlis yang dirancang tanpa sebarang sekatan percampuran antara lelaki dan perempuan atas alasan malam amal, malam anugerah cemerlang, meraikan hari ulang-tahun atau sebagainya.
.....slot di suatu rancangan untuk melahirkan penyanyi. |
Begitu juga dengan pelbagai pertandingan yang menggunakan bermacam 'jenama' oleh pihak-pihak yang memandang remeh tentang "ad-din" dan kesyumulan Islam jalan yang lurus. Dikhuatiri kini telah “beratus-ratus ribu”
atau mungkin lebih insan-insan yang telah “sesat” atau "disesatkan" dari jalan Allah SWT, na'uzubillahiminzalik (barang dijauhkan Allah SWT). Kita dapat melihat ada di antara peserta yang gagal ke peringkat lanjutan, mereka sempat (dan sanggup) menitiskan
airmata yang kononnya tidak berjaya di dalam nyanyian. Ibu-ibu, mak-mak,
bapak-bapak semacam merestui kesesatan anak-anak, sepatutnya mereka telah memahami 'amanah' yang diberikan oleh Allah SWT agar mereka sentiasa berusaha membimbing anak-anak ke jalan keredhaanNya, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Secara terus terang ibu bapa lebih redha (secara disedari atau pun tidak) menjadikan anak-anak mereka sama ada menjadi Yahudi atau Nasrani... na'uzubillahiminzaliq".
Seharusnya mereka bersyukur kepada Allah SWT kerana tidak menang, tidak terus sesat dan menyesatkan orang ramai terus-terusan. Bagi yang memenangi pertandingan muzik dengan mendapat hadiah beratusan ribu ringgit, namun dikhuatiri jiwa masih diliputi dengan "kefakiran iman" dan lebih malang lagi diselaputi dengan sifat-sifat 'mazmumah', riak, takabbur dan akhirnya hilang pedoman kerana yang dicari adalah gaya hidup "kemaksiatan". Mereka itu amat memerlukan 'terapi 'addinnulislam' ke arah kehidupan yang mendapat keberkatan.
Seharusnya mereka bersyukur kepada Allah SWT kerana tidak menang, tidak terus sesat dan menyesatkan orang ramai terus-terusan. Bagi yang memenangi pertandingan muzik dengan mendapat hadiah beratusan ribu ringgit, namun dikhuatiri jiwa masih diliputi dengan "kefakiran iman" dan lebih malang lagi diselaputi dengan sifat-sifat 'mazmumah', riak, takabbur dan akhirnya hilang pedoman kerana yang dicari adalah gaya hidup "kemaksiatan". Mereka itu amat memerlukan 'terapi 'addinnulislam' ke arah kehidupan yang mendapat keberkatan.
gambar hiasan : ..... asah bakat bintang akhir zaman ....! |
“Tuan Haji” mahupun “puan Hajjah” (gelaran yang dicari-cari kerana telah melaksanakan Rukun Islam Ke5) sanggup menjadi "pembimbing" (mentor) nyanyian, tidak kurang juga yang telah
mengunjungi Baitullah Al-Haram kerana mengerjakan Ibadah Umrah diucapkan syabas dan tahniah kerana telah berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, akan tetapi masih jahil atau engkar, sengaja tidak mahu tahu atau sengaja meneruskan agenda kebatilan Yahudi dan Nasrani. Begitu juga penerbit, hos atau sesiapa sahaja yang terlibat membawa anak-anak muda belia yang beragama Islam, ayuhlah, marilah tinggalkan perkara-perkara yang keji dan maksiat, marilah membawa
diri ke jalan Islam yang senentiasa di redhai Allah SWT di samping “mentabligh” anak-anak muda yang kehausan ilmu-ilmu agama itu ke arah kebenaran, bukannya membawa mereka ke jalan kefasikan , kedurjanaan dan kesesatan yang sudah tentunya bersama-sama dengan Iblis Laknatullah dan pengikutnya menghuni Neraka yang penuh dengan azab dan sangsara.
Semolek-moleknya marilah kita malu kepada Allah SWT tentang apa yang telah disalahkerjakan. Setiap anggota diri kita adalah milik Allah SWT yang dipinjamkan buat seketika (sementara) bagi tujuan beribadah dan membesarkan Allah SWT, tetapi kita telah cemarinya. Sanggupkah kita mengembalikan jasad kita dengan keadaan yang penuh noda dengan kekotoran? Sebelum kita dipanggil oleh Allah SWT untuk mengadapNya, maka marilah, ayuhlah kita bertaubat dengan mengerjakan amalan yang disuruh dan meninggalkan segala yang dilarang. Marilah kita sentiasa menegur diri kita sendiri apabila kita ada rasa atau ingin atau hendak melakukan perkara yang yang bertentangan dengan hukum Allah SWT.
Semolek-moleknya marilah kita malu kepada Allah SWT tentang apa yang telah disalahkerjakan. Setiap anggota diri kita adalah milik Allah SWT yang dipinjamkan buat seketika (sementara) bagi tujuan beribadah dan membesarkan Allah SWT, tetapi kita telah cemarinya. Sanggupkah kita mengembalikan jasad kita dengan keadaan yang penuh noda dengan kekotoran? Sebelum kita dipanggil oleh Allah SWT untuk mengadapNya, maka marilah, ayuhlah kita bertaubat dengan mengerjakan amalan yang disuruh dan meninggalkan segala yang dilarang. Marilah kita sentiasa menegur diri kita sendiri apabila kita ada rasa atau ingin atau hendak melakukan perkara yang yang bertentangan dengan hukum Allah SWT.
gambar hiasan: ".... duhai ibu dan ayah pemegang amanah Allah SWT mari ajari anak-anak dengan kehidupan yang tidak bertentangan dengan Islam". |
Marilah kita
sentiasa mendalami ilmu dan tuntutan agama selepas mengerjakan ibadah “haji” atau
“umrah” itu. Janganlah melibatkan diri lagi dengan perkara-perkara mungkar yang boleh memberi dan menambahkan kemurkaan Allah SWT.
".... anak-anak kecil yang diasuh mengikut kehendak Islam akan mampu menjadi pewaris Nabi SAW dan penunjuk jalan yang lurus apabila dewasa kelak". |
Nasihat yang paling baik pada diri kita ialah "KEMATIAN". Segala yang ada di dunia ini termasuklah kemungkaran dan kejahatan adalah Ujian Allah SWT, jalan yang mana ingin dilalui oleh seseorang manusia itu. Marilah kita ingatkan kematian itu yang pasti akan
berlaku. Mati bermakna meninggalkan dunia yang "fana'" menghadap Allah Rabul Jaliil. Marilah kita sentiasa mengingati Allah SWT
setiap masa. Mengingati Allah SWT bermakna kita senentiasa mengerjakan perkara
yang di suruh dan meninggalkan perkara yang dilarang dengan menjadikan Al-Quran
dan Al-Hadis (Sunnah) sebagai tempat rujukan dan cara hidup mukmin yang sebenar.
"...... anak-anak muda digalakkan dengan cara hidup yang bertentangan dengan Islam ?" |
Marilah kita berubah dengan melaksanakan
perintah Allah SWT yang dibawa oleh Rasulullah SAW dengan menjauhi laranganNya.
Carilah sumber pendapatan lain untuk menjana rezeki yang halal selain daripada 'muzik'.
ULAMA’ (di Malaysia)
telah mengharuskan hiburan berunsur muzik dengan meletakkan beberapa syarat sebagai landasan
untuk diikuti. Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh JAKIM mengenai garis panduan
hiburan tetapi secara kesimpulannya sebilangan
besar hiburan dan nyanyian telah mengikut telunjuk Syaitan dan Iblis Laknatullah.
Hiburan yang diharap bermatlamatkan kebaikan dan
kesejahteraan tetapi natijahnya dikhuatiri akan merosakkan pegangan aqidah dan cara hidup muslim. Selain daripada melalaikan
sudah barang tentunya mengganggu ketenteraman jiwa orang-orang yang beriman
yang terpaksa dan mahu tidak mahu akan mendengar dan melihatnya. Dengan mengambil
kira masa dan sensitiviti masyarakat Islam adalah dilihat semua pertandingan
muzik yang dianjurkan bersifat “lagho” dan bercanggah dengan kehendak Islam. Bukan
sahaja mereka mendedahkan aurat bahkan peserta lelaki dan perempuan bangga dengan suara
“keldai” mereka dengan menyertakan perbuatan-perbuatan haram yang menjurus
kepada kemaksiatan.
“Banyak rancangan yang diterbitkan di stesyen TV dan radio telah jauh
menyimpang dan menyanjung “kefasikan” sebagaimana yang dianuti oleh pendeta-pendeta
dan penyanyi “Yahudi” dan “Nasrani”. Sudah tentu perbuatan haram dan
kemaksiatan akan sentiasa berlaku. Unsur-unsur dan tema nyanyian ke arah pemujaan
manusia dan peribadi, semua orang pun tahu yang segala-galanya melanggar adab
kesopanan yang sentiasa menggalakkan dan merangsang syahwat cenderung kepada melakukan perbuatan dosa”.
Mari kita hayati Sabda Rasulullah SAW:
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال في هذه الأمة
خسف ومسخ وقذف فقال رجل من المسلمين يا رسول الله ومتى ذاك قال إذا ظهرت القينات
والمعازف وشربت الخمور
Bermaksud:
Bahawasannya
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Akan ada dalam kalangan
umatku ini nanti kejadian tanah runtuh (atau ditenggelamkan), hujan batu, dan
kutukan sehingga diubah wajah.” Maka
berkata seorang lelaki di antara kaum muslimin (iaitu dari kalangan sahabat
Nabi), “Bila ia akan berlaku wahai Rasulullah?” Baginda menjawab,
“Apabila
telah muncul (berleluasa) penyanyi (artis) wanita, alat-alat muzik, dan
al-khamr (arak) telah diminum.” (Hadis
Riwayat at-Tirmidzi, Shahih Sunan at-Tirmidzi, 5/212, no. 2212. Ibnu
Abid-Dunya, Dzammul Malahi, 1/2. Abu ‘Amru ad-Daani, as-Sunanul-Waaraditau fil
Fitan, 39/1, 40/2. Ibnun Najjar, Dzail Tarikh Baghdad, 18/252)[2].
Hadis kedua
pula diriwayatkan daripada Sahl B. Sa’ad, Baginda SAW bersabda:
أن رسول الله صلى
الله عليه و سلم قال: سيكون في آخر الزمان خسف وقذف ومسخ. قيل: ومتى ذلك يا رسول
الله؟ قال: إذا ظهرت المعازف والقينات واستحلت الخمر
Maksudnya:
Bahawasanya
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Akan berlaku di akhir zaman
nanti bencana berbentuk kejadian tanah runtuh (atau ditenggelamkan), hujan
batu, dan kutukan sehingga diubah wajah.” Ada yang bertanya, “Bila ia berlaku
wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “Apabila telah muncul (berleluasa)
alat-alat muzik, artis-artis wanita, dan al-khamr (arak) dihalalkan.” (Hadis Riwayat ath-Thabrani, al-Mu’jam al-Kabir,
6/150, no. 5810. Al-Haitsami berkata, “Hadis riwayat ath-Thabrani, padanya
terdapat ‘Abdillah B. Abiz Zinaad yang padanya terdapat kelemahan (dhaif)
manakala para perawi salah satu dari dua jalur adalah perawi kitab sahih.”
Rujuk: Majma’ az-Zawa’id, 8/20, no. 12589)
Hadis ketiga
riwayat Ibnu Abid Dunya di mana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa aalihi Wasohbihi wasallam bersabda:
لَيَكُونَنَّ فِي هذِهِ الأُمَّةِ
خَسْفٌ وَقَذْفٌ وَمَسْخٌ وَذلِكَ إِذَا شَرِبُوا الخُمُورَ وَاتَّخَذُوا
الْقَيْنَاتِ وَضَرَبُوا بِالمَعَازف
Bermaksud:
“Akan
terjadi pada umat ini bencana berbentuk tanah runtuh (atau tenggelam), hujan
batu, dan kutukan sehingga diubah wajah (pada manusia). Iaitu apabila mereka
telah meminum khamr (arak), mengambil para artis wanita, dan memainkan
alat-alat muzik.” (as-Suyuthi,
al-Jami’ ash-Shaghir, 2/258, no. 7720. Beliau berkata, diriwayatkan oleh Ibnu
Abid Dunya dalam Dzam al-Malahi daripada Anas.” Dinilai sahih oleh al-Albani
berdasarkan keseluruhan jalurnya. Rujuk: as-Silsilah ash-Shahihah, 5/236, no.
2203).
Seterusnya hadis
Rasulullah SAW daripada Abu Malik al-Asy’ary radhiyallahu ‘anhu.
قال رسول الله صلى الله
عليه وسلم ليشربن ناس من أمتي الخمر يسمونها بغير اسمها يعزف على رءوسهم بالمعازف
والمغنيات يخسف الله بهم الأرض ويجعل منهم القردة والخنازير
Bermaksud:
Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Benar-benar akan ada orang-orang
daripada umatku yang meminum al-khamr (arak) yang mana mereka menamakannya
dengan selain namanya. Mereka berhibur dengan muzik dan (alunan suara) artis
wanita, maka Allah akan membenamkan mereka ke dalam bumi dan Dia akan mengubah
bentuk sebahagian mereka menjadi kera dan babi.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Tarikh al-Kabir, 1/305,
no. 967. Ibnu Majah, 12/26, no. 4010. Hadis ini dinilai sahih oleh Syaikh
al-Albani dalam Shahih Sunan Ibnu Majah, Misykah al-Mashabih, ash-Shahihah, dan
Tahrim Alat ath-Tharb).
gambar hiasan : ..... ketika dilanda resah gelisah ..... |
Marilah kita semua kembali ke pangkal jalan,
dengan meneliti dan merungkai mengapakah sunami berlaku. Bagi sunami dalam diri
seseorang itu akan resah gelisah, bermuram-durja dan tidak berpedoman sehingga
akhirnya bala menimpa diri atau ada yang sanggup 'membunuh diri sendiri' dek ketandusan pedoman sebenar, na'uzubillahiminzaliq.
Manakala sunami dunia berlaku bilamana air laut naik secara tiba-tiba menenggelamkan kawasan daratan.
gambar hiasan: ..... sunami? |
Di kawasan pergunungan pula kelihatannya seperti gunung sangat marah, berlaku
apabila gunung berapi memuntahkan lahar isinya.
...... letusan gunung berapi, kenapa berlaku? |
Begitulah juga dengan kejadian
gempa bumi dan sebagainya.
...... kesan kejadian gempa bumi. |
Semuanya mampu mengakibatkan korban jiwa. Mungkinkah
siri-siri kejadian tersebut berlaku kerana sebilangan manusia telah mengotorkan
dan mengaibkan tempat tinggal mereka dengan perbuatan yang keji lagi terkutuk,
atau sebagai peringatan Allah SWT kepada manusia supaya jangan terus-terusan melakukan kerosakan dan kemaksiatan di muka bumi atau sebagai suatu dugaan agar manusia sentiasa bersabar dan memikirkan perkara yang berlaku.
gambar hiasan: "… gerhana bulan dan matahari yang saban kali" berlaku.
Begitu
juga dengan peristiwa gerhana matahari dan bulan mengingatkan bahawa kita kini
semakin dekat dengan peristiwa “kiamat” yang pasti akan berlaku. Oleh itu
marilah kita mengamalkan cara hidup berpandukan Kitab Suci Al-Quran dan dan
Sunnah Rasulullah SAW dengan sentiasa berusaha mendalami dan memahami isi-isinya.
Janganlah sekali-kali mempermainkan-mainkan dan mempersendakan ayat-ayat Allah
SWT.
Firman Allah SWT:
اشْتَرَوْا بِآيَاتِ اللَّهِ ثَمَنًا قَلِيلًا فَصَدُّوا عَن
سَبِيلِهِ ۚ إِنَّهُمْ سَاءَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
(Surah At-Tawbah: Ayat 9)
Maksudnya:
Mereka
menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit (dari faedah-faedah
dunia), lalu mereka menghalangi (dirinya dan orang-orang lain) dari agama
Allah; sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah kerjakan.
وَأَمَّا الَّذِينَ فَسَقُوا فَمَأْوَاهُمُ النَّارُ ۖ كُلَّمَا
أَرَادُوا أَن يَخْرُجُوا مِنْهَا أُعِيدُوا فِيهَا وَقِيلَ لَهُمْ ذُوقُوا
عَذَابَ النَّارِ الَّذِي كُنتُم بِهِ تُكَذِّبُونَ
(Surah As-Sajadah:Ayat 20)
Maksudnya:
Dan
sebaliknya orang-orang yang fasik, maka tempat kediaman mereka ialah neraka;
tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, mereka dikembalikan
kepadanya, serta dikatakan kepada mereka: "Rasalah azab neraka yang kamu
sentiasa mendustakannya di dunia dahulu".
gambar hiasan: ... Ya Allah, ampunilah kami, berikanlah hidayah kepada kami setiap masa selagi kami masih hidup....,
tunjukilah kami ke jalan yang lurus, jalan yang kau berikan nikmat ke atas mereka, bukan jalan bagi orang yang Kau murkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat.
Aduhai penguasa dan pemberi lesen penyiaran, ibu-ibu, bapa-bapa, anak-anak dan sesiapa sahaja yang masih mengaku ummat Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wasohbihi Wasallam, marilah kita bertaubat dengan sebenar-benar
taubat selagi hayat dikandung badan, mudah-mudahan taubat kita akan diterima, marilah kita menyampaikan dan berdakwah mengenai kebesaran Allah SWT dengan mengerjakan perkara yang disuruh dan meninggalkan segala perkara yang dilarang sebagaimana yang dilakukan oleh junjungan besar Rasulullah Sallallahu 'Alahi Wa Aalihi Wasohbihi Wasallam sebelum bala kubra ditimpakan kepada semua kerana keengkaran ummat Islam. (Mungkin ayat ini semacam keterlaluan, tetapi inilah kebenarannya).
Sesungguhnya yang pasti kematian akan menjelma juga."Ingatlah setiap yang bernyawa pasti akan merasai 'mati', kehidupan di alam 'akhirat itu benar, syurga dan neraka itu benar – Itu janji Allah SWT yang tetap benar". Adakah kita mahu membawa "hasil amalan hiburan" yang menyesatkan ke dalam kubor. Sudah tentu tidak. Oleh itu marilah kita sentiasa ingatkan akan mati, mungkin sesaat lagi, entah esok entahkan lusa kita menghadap Allah SWT, persoalannya ialah "apakah bekalan untuk dibawa bersama? Malu rasa untuk menjawabnya". Oleh itu, marilah kita tinggalkan segala yang dilarang dan kerjakanlah apa suruhanNya.
Sesungguhnya yang pasti kematian akan menjelma juga."Ingatlah setiap yang bernyawa pasti akan merasai 'mati', kehidupan di alam 'akhirat itu benar, syurga dan neraka itu benar – Itu janji Allah SWT yang tetap benar". Adakah kita mahu membawa "hasil amalan hiburan" yang menyesatkan ke dalam kubor. Sudah tentu tidak. Oleh itu marilah kita sentiasa ingatkan akan mati, mungkin sesaat lagi, entah esok entahkan lusa kita menghadap Allah SWT, persoalannya ialah "apakah bekalan untuk dibawa bersama? Malu rasa untuk menjawabnya". Oleh itu, marilah kita tinggalkan segala yang dilarang dan kerjakanlah apa suruhanNya.
gambar hiasan: .... berakhirnya sebuah
kehidupan dunia.
Semoga Allah SWT tidak memurkai kita semua dan
mudah-mudahan kita dapat membawa bekalan amal pahala untuk kehidupan di akhirat nanti. "biarlah kehidupan kita mendapat redha Allah SWT walaupun dengan marahnya manusia, namun jangan sekali-kali hanya mendapat redha manusia tetapi dengan marahnya (murka) Allah SWT kepada kita".
Marilah kita ingat bahawa kita tidak ada mempunyai apa-apa, bahkan segala-galanya kepunyaan Allah SWT, oleh itu kudrat yang diberi, maka kita gunakanlah untuk memperolehi pahala yang sebanyak-banyak dan sedayanya. Marilah kita senentiasa bertaqwa kepada Allah SWT. Mudah-mudahan seluruh kehidupan kita diberkati Allah SWT.
Marilah kita ingat bahawa kita tidak ada mempunyai apa-apa, bahkan segala-galanya kepunyaan Allah SWT, oleh itu kudrat yang diberi, maka kita gunakanlah untuk memperolehi pahala yang sebanyak-banyak dan sedayanya. Marilah kita senentiasa bertaqwa kepada Allah SWT. Mudah-mudahan seluruh kehidupan kita diberkati Allah SWT.
Wallahu a'lam.
00000000
No comments:
Post a Comment