
Ibadah Umrah boleh
dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun jika tidak berada di dalam ihram
Haji.
=============================================
=============================================
Hubungi @ whatsApp 019-3781353
=====================================
Firman Allah SWT:
وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ ۚ
(Surah
Al-Baqarah: Ayat 196)
Mafhumnya:
Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan
Umrah kerana Allah;
Ayat di atas bermaksud
Allah SWT telah memfardhukan kepada hamba-Nya mengerjakan ibadah Umrah sekurang-kurangnya
sekali seumur hidup. Dalam bahasa Melayu Umrah dimaksudkan sebagai "Haji
Kecil".
Kewajipan ibadah
Umrah itu samalah seperti ibadah haji tetapi agak berlainan dengan
ibadah-ibadah yang lainnya dari segi konsep dan kefardhuannya kerana ianya
hanya diwajibkan ke atas ummat Islam yang berkemampuan (termasuklah ada
peninggalan belanja atau bekalan bagi orang yang ditinggalkan atau tanggungan) sahaja
untuk mengunjungi Baitullahil Haram di Makkah. Bagi yang tidak
berkemampuan dari segi perbelanjaan, kesihatan tubuh badan dan keselamatan
dalam perjalanan, maka tidaklah diwajibkan untuk melakukannya. Firman Allah:
وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ
سَبِيلًا ۚ وَمَن
كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ
(Surah Al-'Imran: 97)
Mafhumnya:
"Dan Allah mewajibkan
manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang
mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji
itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari
sekalian makhluk."
Dengan yang demikian pekerjaan ibadah Haji mahu pun Umrah kali ke-2 dan seterusnya hukumnya adalah 'sunat'. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW di mana Rasulullah SAW menjawab pertanyaan Al-Hakra' bin Abbas:
“Kewajiban haji itu hanya sekali, barangsiapa menunaikannya lebih dari sekali maka dia telah tathawwu’ (melakukan amalan sunnah).” (Hadis Riwayat Abu Dawud dan yang lainnya, sohih sebagaimana disebutkan dalam Al-Irwa’)
Kali ke-2 Umrah dan berikutnya akan menghapuskan dosa, sebagaimana hadis Rasulullah Sallahu'alaihi Wa aalihi Wasohbihi Wasallam:
الْحَجُّ مَرَّةً فَمَنْ
زَادَ فَتَطَوُّعٌ
Mafhumnya:“Kewajiban haji itu hanya sekali, barangsiapa menunaikannya lebih dari sekali maka dia telah tathawwu’ (melakukan amalan sunnah).” (Hadis Riwayat Abu Dawud dan yang lainnya, sohih sebagaimana disebutkan dalam Al-Irwa’)
Kali ke-2 Umrah dan berikutnya akan menghapuskan dosa, sebagaimana hadis Rasulullah Sallahu'alaihi Wa aalihi Wasohbihi Wasallam:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه أَنَّ رَسُولَ اَللَّهِ صلى
الله عليه وسلم قَالَ: اَلْعُمْرَةُ إِلَى اَلْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا
بَيْنَهُمَا, وَالْحَجُّ اَلْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا اَلْجَنَّةَ
(مُتَّفَقٌ عَلَيْه)
Mafhumnya:
“Dari Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: “Umrah ke umrah
menghapus dosa antara keduanya, dan tidak ada pahala bagi haji mabrur kecuali
syurga.” (Muttafaqun
Alaih).
Anas رضي الله عنه berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengerjakan ibadah Haji sekali dan 'Umrah empat kali:
1.`Umrah dalam Bulan Zulqaidah
2.`Umrah Hudaibiyah .
3 .`Umrah yang
dikerjakan bersama ibadah haji (Haji Qiran) sebagai Haji Wada'.
4.`Umrah dari
Ji`raanah (Jakronah) ketika membahagikan harta rampasan perang Hunain.
Pertama, Haji Mardud - Haji yang tidak diterima olah Allah SWT lantaran kerana kekurangan syarat-syarat dan rukunnya atau sebab-sebab yang lain yang menyebabkan hajinya tidak diterima atau ditolak oleh Allah SWT. (Kalau umrah namanya 'Umrah Mardud' iaitu umrah yang tidak diterima oleh Allah SWT);
Kedua, Haji Maqbul - Haji yang sah dan diterima oleh Allah
SWT dan orang yang mengerjakan haji maqbul ini dianggap sebagai telah
menunaikan perintah Allah dan telah menyempurnakan Rukun Islam yang ke lima
tanpa diberi ganjaran pahala. (Kalau umrah namanya 'Umrah Maqbul' tanpa ganjaran pahala);
Ketiga, Haji Makhsus - Ibadah haji yang dikerjakan
oleh orang-orang yang tertentu yang menyempurnakan segala syarat
dan rukunnya, ia bukan sahaja sekadar dianggap sah dan diterima oleh Allah SWT
tetapi diampunkan segala dosanya. (Kalau umrah namanya 'Umrah Makhsus'). Haji atau Umrah ini termasuk ke dalam apa yang disabdakan
oleh Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Ibnu Majah, An-Nasai dan Ahmad
daripada Abu Hurairah yang bermaksud:
”Sesiapa yang menunaikan ibadah Haji (atau umrah), tidak ia melakukan keburukan dan kekejian,
maka kembalilah ia seperti hari yang dilahirkan oleh ibunya”.
Keempat, Haji Mabrur - Inilah tingkatan haji yang
paling tinggi dan istimewa, tidak semua boleh mendapatkannya. Haji ini
bukan sahaja sekadar dianggap menunaikan kewajipan, tetapi selain daripada
diampunkan segala dosanya, ia juga akan dimasukkan ke dalam syurga. (Kalau umrah namanya 'Umrah Mabrur'). Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh At-Tabrani daripada Abdullah
b. Abas, dan juga diriwayatkan oleh Imam Bukhari:
والْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلاَّ الْجَنَّةُ
Mafhumnya: ” Haji Yang Mabrur itu, tidak ada balasan baginya melainkan Syurga ”. Oleh itu Umrah yang mabrur balasannya adalah Syurga.

Sebelum atau sesudah mengerjakan haji
atau umrah marilah Menziarahi Maqam Rasulullah S.A.W di
Madinah. Dibawa
oleh As-Suyuthi di dalam kitab Dzail Al-Ahadits Al-Maudhu’ah no. 119,
Ibnu Taimiyah & An-Nawawi r.a berkata: ‘Sesungguhnya haditsnya maudhu’
& disepakati oleh Al-Imam Asy-Syaukani.” (Lihat Silsilah Adh-Dha’ifah,
1/120), Nabi SAW bersabda:
مَنْ
زَارَنِي بَعْدَ مَوْتِي، فَكَأَنَّمَا زَارَنِي فِي حَيَاتِي
Mafhumnya: “Barangsiapa yang berziarah kepadaku setelah matiku maka dia seolah-olah menziarahiku semasa hidupku.”
Lantaran itu, TEMAN-TEMAN (setiap
mukmin) yang akan ke tanah suci Makkah dan Madinah perlulah mendalami setiap ibadah
yang hendak dikerjakan supaya pemergian ke tanah suci bukanlah untuk suka-suka,
menunjuk-nunjuk mampu pergi kerana banyak wang atau sambil-sambil transit ke negara-negara orang sambil melihat itu dan ini.... Pastikan bahawa yang paling
penting ialah bagaimana niatnya yang betul, niat umrahnya yang betul dan jelas, setiap pekerjaan tawafnya yang sah sebelum bersaie,
perkara-perkara yang perlu dijaga dan difahami semasa di dalam ihram serta
tata-kelakukan sepanjang di tanah suci. Oleh yang demikian sebelum berangkat kenalah berkursus dan menimba ilmu sebanyak mungkin, pergi secara berlapang dada dengan penuh harapan akan menggunakan ilmu yang telah dipelajari.
Berbagai-bagai kategori jemaah di masa lalu, ada orang yang
bertahun-tahun berkursus baru pergi ke tanah suci, ada juga yang baru berkursus terus pergi ke tanah suci malahan ada yang tidak mengikuti sebarang kursus terus ikut-ikut ke tanah suci pun ada. Bagi yang suka mencari ilmu, setiap kali berkursus namun masih ada lagi yang kurang. Oleh itu ayuhlah kita mencari ilmu mengenai ibadah haji atau umrah walaupun kita masih belum ada kemampuan untuk mengerjakannya, mudah-mudahan kita diberi hidayah oleh Allah SWT untuk melakukannya sebelum nyawa diambil oleh Malaikat Izrail a.s. Sememangnya susah untuk kita ke arah itu (mencari ilmu), tapi percayalah kalau itulah merupakan rutin kehidupan kita, Insyaallah di mana kita berada pasti kita akan mencarinya (ilmu) dan memerlukannya. Iblis Laknatullah sememangnya mahukan setiap anak Adam supaya tidak suka kepada perkara-perkara yang mendapat keredhaan Allah SWT tetapi dia mahukan kita supaya bersamanya untuk menghuni 'neraka' Allah yang penuh azab yang tidak terperi sakitnya.
Oleh itu seboleh-bolehnya sebelum pergi hendaklah ada ilmu (tak kiralah sama ada untuk mengerjakan ibadah haji atau umrah) walaupun sedikit supaya setiap perbuatan ibadah yang akan dilakukan nanti mampu dinilai oleh diri sendiri dan pergi ke Madinah mahu pun ke Makkah tidaklah sia-sia. Yang paling ditakuti ialah panggilan ke tanah suci itu adalah panggilan dari Iblis Laknatullah kerana akan hanya mengutamakan kerja-kerja untuk membeli-belah disertai dengan banyak kelalaiannya daripada mengerjakan ibadah yang sepatutnya dilakukan.
Mudah-mudahan pemergian ke
Makkah adalah panggilan (seruan) Nabi Ibrahim a.s dan lambaian Ka'bah kerana Allah SWT. Pulang dengan umrah yang mabrur, Insyaallah.
Allah SWT telah
menyeru kepada Nabi Ibrahim sebagaimana Firman-Nya :
وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ
يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ
(Surah Al-Haj: Ayat 26)
Mafhumnya:
"Dan
serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji (dan Umrah), nescaya
mereka akan datang (ke Baitullah) kepada mu dengan berjalan kaki, dan dengan
menunggang berjenis-jenis unta (kenderaan) yang kurus yang datangnya dari
berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.
Wallahu a'lam.
assalamu'alaikum Kang
ReplyDeleteKalo ada umrah gratis untuk saya ya Kang, saya tunggu kabarnya, mudah2an barakah, saya rindu ka'bah kang :D
Semoga dapat umrah yang mabrur.. Rindu nak ke sana kembali. Semoga dijemput Allah kembali kesana semula. InsyaAllah..
ReplyDelete