Solat (sembahyang) menjadi tiang agama kepada ummat Rasulullah SAW.
Ianya merupakan Rukun Ke-2 di dalam Senarai Rukun Islam. Allah SWT telah
mewajibkan orang-orang yang beriman mendirikan sembahyang lima waktu
sebagaimana Firman-Nya:
إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ
كِتَابًا مَّوْقُوتًا...
(Surah
An-Nisa': Ayat 103)
Mafhumnya:
" .... Sesungguhnya sembahyang itu
adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang
tertentu waktunya"
Solat Berjemaah
bermakna solat secara beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya (selain
daripada solat fardhu Jumaat) ialah 2 orang.
![]() |
Marilah solat secara berjemaah. |
Seorang menjadi imam
dan seorang menjadi makmum. Semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar
pula fadhilat pahalanya.
Tuntutan berjemaah
pada solat fardhu:
Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan Fardhu Kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.
Jadi bererti apabila sesebuah kampung mendirikan solat jemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masdjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang kampung atau di suatu tempat yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua penduduk kampung itu berdosa.
Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa, Rasulullah SAW pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.
Imam Muslim pula meriwayatkan hadis daripada Abu Hurairah r.a yang maksudnya:
Ada seorang lelaki
buta telah datang mengadu kepada Nabi SAW bahawa dia tidak mempunyai orang yang
boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi
kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah
membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah
Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang
dikumandangkan di masjid.
Fadhilat solat
berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian.
Sabda
Rasulullah SAW yang mafhumnya:
![]() |
Sebaik-baiknya elakanlah solat bersendirian.. |
"Solat
berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali
ganda)."
(Hadis riwayat Al-Bukhari
dan Muslim).
Fadhilat solat berjemaah adalah bertali arus, sambung menyambung, mengembang dan membesar. Orang yang bersolat jemaah bukan sahaja mendapat setakat 27 darjat, malah dia akan mendapat banyak fadhilat dan keuntungan sampingan lain lagi semasa dia berulang alik ke masjid dan semasa dia berada dalam masjid. Di sinilah kita dapat menilai diri kita sama ada kita sering ke masjid untuk solat berjemaah atau sebaliknya; atau seminggu setakat sekali sahaja iaitu untuk solat Jumaat.
Di dalam Kitab 'Muhimman Fil
'Ilmil Hadith' karangan Syeikh Abdullah Ibnu 'Abdul Rahim Fathani
menjelaskan salah satu golongan orang yang tidak diterima solatnya oleh Allah
SWT ialah sebagaimana berikut ini:
Orang lelaki yang mendengar azan dan iqamah
secara laungan mulut
(original dan tiada bantuan alat pembesar suara),
tetapi tidak mahu
mendirikan sembahyang secara berjama'ah.
Ini bermakna termasuklah mereka yang tinggal berhampiran dengan masjid
(atau surau) atau orang lelaki yang sedang berada di dalam masjid tetapi
melakukan solat secara bersendirian.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah
SAW bersabda:
مَنْ سَـمِعَ المُـنَادِى فَلَمْ يَمْنـَعْهُ مِنْ إتْبَاعـِهِ
عُذْرٌ لَمْ تُقْبـَلْ مِنُهُ الصَّـلاةُ الَّتِىْ صَـلاهَا . قِيْلَ: وَمَا
الْعـُذْرُ ؟ قَاْلَ: خـَوْفٌ أوْ مَرَضٌ.
Mafhumnya:
"Sesiapa yang mendengar orang memanggil (untuk solat - atau azan), dan tidak dihalangi oleh sebarang keuzuran (untuk menunai panggilan tersebut), tidaklah diterima solat yang dilakukannya. Ditanyakan: Apakah maksud keuzuran itu? Maka sabdanya: Takut (khauf) atau sakit”.
"Sesiapa yang mendengar orang memanggil (untuk solat - atau azan), dan tidak dihalangi oleh sebarang keuzuran (untuk menunai panggilan tersebut), tidaklah diterima solat yang dilakukannya. Ditanyakan: Apakah maksud keuzuran itu? Maka sabdanya: Takut (khauf) atau sakit”.
(Diriwayatkan
oleh Abu Daud. (Al-Zabidiyy, Taisir Al-Wusul, 2/320).
Menurut Ibnu `Abbas:
أنَّ النَّبِىَّ (ص) فَسَّرَ العُذْرَ بِالْخَوْفِ وَالْمَرَضِ.
Mafhumnya:
“Bahawa Nabi SAW mentafsirkan uzur itu dengan (maksud) takut dan sakit.”
Riwayat Abu Daud. (Lihat: Al-Zuhailiyy, Al-Feqh Al-Islamiyy, Jil. hlm. 1169 - 170).
"Takut" (khauf) terbahagi tiga; takut ke atas diri atau harta atau ahli keluarga.
“Bahawa Nabi SAW mentafsirkan uzur itu dengan (maksud) takut dan sakit.”
Riwayat Abu Daud. (Lihat: Al-Zuhailiyy, Al-Feqh Al-Islamiyy, Jil. hlm. 1169 - 170).
"Takut" (khauf) terbahagi tiga; takut ke atas diri atau harta atau ahli keluarga.
(Ibnu Qudamah, Al-Mughniyy, 1/451).
Dari Abu Darda' r.a. katanya: Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
مَاْ مِنْ ثَلاثٍ فِىْ قَرْيَةٍ وَلا بَدْوٍ لاتُقَاُْمُ فِيْهِمْ الصّلاةُ إلا قَدْ إسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمْ الشَّـيْطَاْنِ. فَعَلَيْكُمْ بِالْجَمَـاعَةِ ، فَإنَّمَا يَأْكُلُ الْذِئْبُ مِنْ الْغَنَمِ الْقَاصِـيَةِ.
Mafhumnya:
"Tiada dari tiga orang di satu mukim dan kampung yang tidak mendirikan solat (berjama`ah) melainkan diganggu oleh syaitan. Maka hendaklah kamu (melakukan solat fardu) berjama`ah. Sesungguhnya serigala memamah kambing yang terpencil."
"Tiada dari tiga orang di satu mukim dan kampung yang tidak mendirikan solat (berjama`ah) melainkan diganggu oleh syaitan. Maka hendaklah kamu (melakukan solat fardu) berjama`ah. Sesungguhnya serigala memamah kambing yang terpencil."
Riwayat Abu Daud - Hasan. (`Izzuddin Baliq Minhaj Al-Salihein,
hlm. 145)
![]() |
Sebaik-baiknya elakanlah solat sendirian. Ajaklah anak-anak supaya solat bersama. |
![]() |
Amat bertuah isteri yang telah bersuami, suaminya dengan lapang dada menjadi imam kepadanya. Berbahagialah pasangan tersebut di dunia hingga ke akhirat. |
Syaitan sentiasa berusaha memesongkan manusia yang tidak mengambil berat tuntutan agama. Firman Allah SWT:
إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ
عَدُوًّا ۚ إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ
أَصْحَابِ السَّعِيرِ
(Surah
Fatir: Ayat 6)
Mafhumnya:
"Sesungguhnya
Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi
tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari
penduduk neraka."
Firman Allah SWT lagi
sebagaimana berikut:
أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يَزْعُمُونَ
أَنَّهُمْ آمَنُوا بِمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ يُرِيدُونَ
أَن يَتَحَاكَمُوا إِلَى الطَّاغُوتِ وَقَدْ أُمِرُوا أَن يَكْفُرُوا بِهِ
وَيُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَن يُضِلَّهُمْ ضَلَالًا بَعِيدًا
(Surah
An-Nisa': Ayat: 60)
Mafhumnya:
"Tidakkah
engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa
bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan
kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka
hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur
ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka
dengan kesesatan yang amat jauh".
Di dalam Surah lain Allah
SWT berfirman:
ذَٰلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ هُوَ الْحَقُّ وَأَنَّهُ
يُحْيِي الْمَوْتَىٰ وَأَنَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
(Surah Al-Haj: Ayat 6)
Mafhumnya:
"Dan ada di antara manusia yang
membantah perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan
sebarang pengetahuan, dan ia menurut tiap-tiap syaitan yang telah sebati dengan
kejahatan".
Berbagai-bagai
halangan telah dicipta terutama di dalm keadaan serba moden ini - termasuklah mengutamakan
urusan dunia, termasuklah juga jika sedang mempengerusikan mesyuarat, maka
tidak mahu menangguhkan mesyuarat sebaik-baik sahaja mendengar azan. Hanya
sekadar berhenti mesyuarat seketika sahaja. Itulah yang biasa berlaku, walaupun
kita mengakui beriman kepada Allah SWT.
Bukankah telah diajak atau dipanggil atau
diingatkan oleh Pak Bilal (Mu'azin) "Khaiya'alasolaah
- marilah sembahyang" dan "Khaiya'alalfalah - marilah menuju
kejayaan". Ini bermakna kita hendaklah bersegera menyahut
seruan dengan mencari tempat untuk bersembahyang secara berjama'ah. Sebagai
Pengerusi Mesyuarat, eloklah kalau menjadi imam sembahyang, sebagai teladan
menjadi seorang 'ketua' di dalam sesebuah komuniti.
Marilah kita benci (zuhud) sekejap
tentang urusan dunia dan kita sayang kepada urusan akhirat, yang akan menjadi tempat
pembalasan yang kekal abadi untuk selama-lamanya.
![]() |
Marilah berusaha agar boleh menunaikan solat berjemaah walaupun di mana berada. |
![]() |
Hanya pakai songkok haji saja tau! Bukan untuk dipanggil nama 'HAJI AHMAD'. |
Mudah-mudahan setiap sembahyang yang didirikan sama ada yang fardhu mahu pun yang sunnat diterima oleh Allah SWT, yang akan menjadi sebahagian bekalan di akhirat kelak. Mudah-mudahan apabila diipanggil pulang menghadap Allah SWT Rabbul Jalil, segala amalan baik dan pahala telah tersedia, dan layak untuk menghuni 'Syurga' Allah SWT, insya Allah.
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment