Di Sini Boleh Ketahui Tarikh Hijrah Hari Lahir Anda



Ketahui dan Simpanlah TARIKH Hari LAHIR Hijrah Anda.

===================================================

Untuk mendapatkannya, sila hubungi / whatsApp 019-3781353.
===================================================


MENGERJAKAN IBADAH UMRAH



Perkataan "UMRAH", menurut bahasanya bererti 'meramaikan' dan 'memakmurkan' bagi tujuan berziarah atau berkunjung. Dari segi hukum syarak ialah mengunjungi Baitullah Al-Haram (Ka'abah) untuk mengerjakan ibadah tawaf, saie dengan sentiasa menjaga segala syarat-syarat wajib Umrah serta meninggalkan perkara yang dilarang semasa di dalam ihram.


Ibadah Umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun jika tidak berada di dalam ihram Haji.




=============================================

Hubungi @ whatsApp 019-3781353
=====================================

Firman Allah SWT:

وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ ۚ
                                                                   (Surah Al-Baqarah: Ayat 196)
Mafhumnya:
Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah;

Ayat di atas bermaksud Allah SWT telah memfardhukan kepada hamba-Nya mengerjakan ibadah Umrah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Dalam bahasa Melayu Umrah dimaksudkan sebagai "Haji Kecil". 

Kewajipan ibadah Umrah itu samalah seperti ibadah haji tetapi agak berlainan dengan ibadah-ibadah yang lainnya dari segi konsep dan kefardhuannya kerana ianya hanya diwajibkan ke atas ummat Islam yang berkemampuan (termasuklah ada peninggalan belanja atau bekalan bagi orang yang ditinggalkan atau tanggungan) sahaja untuk mengunjungi Baitullahil Haram di Makkah. Bagi yang tidak berkemampuan dari segi perbelanjaan, kesihatan tubuh badan dan keselamatan dalam perjalanan, maka tidaklah diwajibkan untuk melakukannya. Firman Allah:

وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا ۚ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ
(Surah Al-'Imran: 97)

Mafhumnya:
"Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk."


Dengan yang demikian pekerjaan ibadah Haji mahu pun Umrah kali ke-2 dan seterusnya hukumnya adalah 'sunat'. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW di mana Rasulullah SAW menjawab pertanyaan Al-Hakra' bin Abbas:


الْحَجُّ مَرَّةً فَمَنْ زَادَ فَتَطَوُّعٌ
Mafhumnya:
“Kewajiban haji itu hanya sekali, barangsiapa menunaikannya lebih dari sekali maka dia telah tathawwu’ (melakukan amalan sunnah).” (Hadis Riwayat Abu Dawud dan yang lainnya, sohih sebagaimana disebutkan dalam Al-Irwa’)


Kali ke-2 Umrah dan berikutnya akan menghapuskan dosa, sebagaimana hadis Rasulullah Sallahu'alaihi Wa aalihi Wasohbihi Wasallam: 


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه أَنَّ رَسُولَ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: اَلْعُمْرَةُ إِلَى اَلْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا, وَالْحَجُّ اَلْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا اَلْجَنَّةَ

(مُتَّفَقٌ عَلَيْه)
   Mafhumnya
“Dari Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: “Umrah ke umrah menghapus dosa antara keduanya, dan tidak ada pahala bagi haji mabrur kecuali syurga.” (Muttafaqun Alaih).



Anas رضي الله عنه   berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم  mengerjakan  ibadah Haji sekali dan  'Umrah empat kali:
1.`Umrah dalam Bulan Zulqaidah 
2.`Umrah Hudaibiyah .
3 .`Umrah yang dikerjakan bersama ibadah haji (Haji Qiran) sebagai Haji Wada'.

4.`Umrah dari Ji`raanah (Jakronah) ketika membahagikan harta rampasan perang Hunain. 


Kepada teman-teman yang akan mengerjakan Umrah, marilah kita berusaha semoga Ibadah Umrah yang akan dikerjakan akan diterima oleh AIlah SWT dengan ibadah 'mabrur'. Samalah juga peringkat ibadah Umrah sepertimana ibadah Haji sebagaimana berikut:

PertamaHaji Mardud -  Haji yang tidak diterima olah Allah SWT lantaran kerana kekurangan syarat-syarat dan rukunnya atau sebab-sebab yang lain yang menyebabkan hajinya tidak diterima atau ditolak oleh Allah SWT. (Kalau umrah namanya 'Umrah Mardud' iaitu umrah yang tidak diterima oleh Allah SWT);

KeduaHaji Maqbul - Haji yang sah dan diterima oleh Allah SWT dan orang yang mengerjakan haji maqbul ini dianggap sebagai telah menunaikan perintah Allah dan telah menyempurnakan Rukun Islam yang ke lima tanpa diberi ganjaran pahala.  (Kalau umrah namanya 'Umrah Maqbul' tanpa ganjaran pahala); 

Ketiga Haji Makhsus - Ibadah haji yang dikerjakan oleh orang-orang  yang  tertentu yang menyempurnakan segala syarat dan rukunnya, ia bukan sahaja sekadar dianggap sah dan diterima oleh Allah SWT tetapi diampunkan segala dosanya. (Kalau umrah namanya 'Umrah Makhsus').  Haji atau Umrah ini termasuk ke dalam apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Ibnu Majah, An-Nasai dan Ahmad daripada Abu Hurairah yang bermaksud:
”Sesiapa yang menunaikan ibadah Haji (atau umrah), tidak ia melakukan keburukan dan kekejian, maka kembalilah ia seperti hari yang dilahirkan oleh ibunya”. 

KeempatHaji Mabrur -  Inilah tingkatan haji yang paling tinggi dan istimewa, tidak semua boleh mendapatkannya. Haji ini bukan sahaja sekadar dianggap menunaikan kewajipan, tetapi selain daripada diampunkan segala dosanya, ia juga akan dimasukkan ke dalam syurga. (Kalau umrah namanya 'Umrah Mabrur').   Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh At-Tabrani daripada Abdullah b. Abas, dan juga diriwayatkan oleh Imam Bukhari:

والْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلاَّ الْجَنَّةُ
 Mafhumnya Haji Yang Mabrur itu, tidak ada balasan baginya melainkan Syurga ”. Oleh itu Umrah yang mabrur balasannya adalah Syurga.


Sebelum atau sesudah mengerjakan haji atau umrah marilah Menziarahi Maqam Rasulullah S.A.W di Madinah. Dibawa oleh As-Suyuthi  di dalam kitab Dzail Al-Ahadits Al-Maudhu’ah no. 119, Ibnu Taimiyah & An-Nawawi r.a berkata: ‘Sesungguhnya haditsnya maudhu’ & disepakati oleh Al-Imam Asy-Syaukani.” (Lihat Silsilah Adh-Dha’ifah, 1/120), Nabi SAW bersabda:

مَنْ زَارَنِي بَعْدَ مَوْتِي، فَكَأَنَّمَا زَارَنِي فِي حَيَاتِي

Mafhumnya: “Barangsiapa yang berziarah kepadaku setelah matiku maka dia seolah-olah menziarahiku semasa hidupku.”


Lantaran itu, TEMAN-TEMAN (setiap mukmin) yang akan ke tanah suci Makkah dan Madinah perlulah mendalami setiap ibadah yang hendak dikerjakan supaya pemergian ke tanah suci bukanlah untuk suka-suka, menunjuk-nunjuk mampu pergi kerana banyak wang atau sambil-sambil transit ke negara-negara orang sambil melihat itu dan ini.... Pastikan bahawa yang paling penting ialah bagaimana niatnya yang betul, niat umrahnya yang betul dan jelas, setiap pekerjaan tawafnya yang sah sebelum bersaie, perkara-perkara yang perlu dijaga dan difahami semasa di dalam ihram serta tata-kelakukan sepanjang di tanah suci. Oleh yang demikian sebelum berangkat kenalah berkursus dan menimba ilmu sebanyak mungkin, pergi secara berlapang dada dengan penuh harapan akan menggunakan ilmu yang telah dipelajari. 

Berbagai-bagai kategori jemaah di masa lalu, ada orang yang bertahun-tahun berkursus baru pergi ke tanah suci, ada juga yang baru berkursus terus pergi ke tanah suci malahan ada yang tidak mengikuti sebarang kursus terus ikut-ikut ke tanah suci pun ada. Bagi yang suka mencari ilmu, setiap kali berkursus namun masih ada lagi yang kurang. Oleh itu ayuhlah kita mencari ilmu mengenai ibadah haji atau umrah walaupun kita masih belum ada kemampuan untuk mengerjakannya, mudah-mudahan kita diberi hidayah oleh Allah SWT untuk melakukannya sebelum nyawa diambil oleh Malaikat Izrail a.s. Sememangnya susah untuk kita ke arah itu (mencari ilmu), tapi percayalah kalau itulah merupakan rutin kehidupan kita, Insyaallah di mana kita berada pasti kita akan mencarinya (ilmu) dan memerlukannya. Iblis Laknatullah sememangnya mahukan setiap anak Adam supaya tidak suka kepada perkara-perkara yang mendapat keredhaan Allah SWT tetapi dia mahukan kita supaya bersamanya untuk menghuni 'neraka' Allah yang penuh azab yang tidak terperi sakitnya.

Oleh itu seboleh-bolehnya sebelum pergi hendaklah ada ilmu (tak kiralah sama ada untuk mengerjakan ibadah haji atau umrah) walaupun sedikit supaya setiap perbuatan ibadah yang akan dilakukan nanti mampu dinilai oleh diri sendiri dan pergi ke Madinah mahu pun ke Makkah tidaklah sia-sia. Yang paling ditakuti ialah panggilan ke tanah suci itu adalah panggilan dari Iblis Laknatullah kerana akan hanya mengutamakan kerja-kerja untuk membeli-belah disertai dengan banyak kelalaiannya daripada mengerjakan ibadah yang sepatutnya dilakukan.

Mudah-mudahan pemergian ke Makkah adalah panggilan (seruan) Nabi Ibrahim a.s dan lambaian Ka'bah kerana Allah SWT. Pulang dengan umrah yang mabrur, Insyaallah.


Allah SWT telah menyeru kepada Nabi Ibrahim sebagaimana Firman-Nya :
وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ
(Surah Al-Haj: Ayat 26)
Mafhumnya:

"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji (dan Umrah), nescaya mereka akan datang (ke Baitullah) kepada mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta (kenderaan) yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.
  

Wallahu a'lam.




Aduhai SUAMI, mari soal diri: DAYUSKAH AKU?


Suami 'menanggung' kehidupan isteri
sebaik-baik sahaja
diisytiharkan 'sah' nikahnya.




Apabila seorang lelaki itu telah menikahi seorang wanita maka ia akan bergelar 'suami', manakala wanita pula akan dipanggil 'isteri', maka tanggungan seorang isteri itu akan berpindah kepada suaminya. 





Mari soal diri: Apakah aku tergolong
sebagai LELAKI DAYUS?
Menurut Imam Ahmad, Imam Nasaie dan Imam Hakim Drpd Abdullah b Umar, Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya:  
"3 golongan manusia yang diharamkan oleh Allah Tabarokallahhu Ta'ala mereka itu masuk ke dalam syurga (malah tidak boleh mencium bau syurga): Kata Rasulullah SAW orang yang meminum arak dan orang yang mengekalkan meminum arak dan  orang yang derhaka kepada ibu bapa dan orang (lelaki) dayus yang membiarkan isterinya membuat kejahatan zina dan dia tahu isterinya berzina."


==============================
Sila hubungi 019-3781353
===============================



Marilah jauhi diri dan keluarga
daripada mendekati zina.
Selanjutnya sabda Nabi SAW yang maksudnya  'dayus' itu ialah "kalau seorang lelaki berzina dengan isteri orang tapi suaminya tak tahu, maka dosa suami akan ditanggung oleh lelaki itu dan amalan baik yang telah dilakukan oleh lelaki itu akan diberikan kepada suami tersebut (Lelaki ambil dosa, pahala diberikan kepada suami berkenaan). Dan kalau seorang perempuan berzina dengan suami orang, maka seluruh azab ahli kubur akan dikenakan kepada perempuan itu di dalam kubur nanti". Perkara lain yang perlu dijauhi ialah ber'khalwat' kerana ianya akan mendekati zina.


Marilah kita perhatikan dan hayati ayat Al-Qur'an sebagaimana berikut dan seboleh-bolehnya disematkan didalam hati sebagai suatu pedoman, panduan dan bekalan hidup kita seharian, suami setiap masa perlu menjaga isteri (keluarga):


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ  وَالْحِجَارَةُ
(Surah At-Tahrim: Ayat 6)

Mahfumnya:
"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala)..."



Sebab itulah apabila telah bergelar suami dan isteri maka hendaklah bersama-sama setia antara satu sama lain. Suami kena jaga isteri, jika isteri pergi bekerja maka suami hendaklah (wajib) memastikan isteri menutup aurat sebagaimana yang disuruh oleh Allah SWT.
"....majlis membiarkan isteri  dengan akhlak yang tidak baik"

Dilarang memakai pakaian yang ketat kerana akan menarik perhatian orang lain.
"... golongan tidak mahu menutup aurat..."



Hadis Soheh Rasulullah SAW yang maksudnya, Nabi SAW kata bebas dari neraka dan sifat munafik itu iaitu sembahyang berjemaah jangan tinggal selama 40 hari pada takbir yang pertama beserta imam.  Demikian pun kalau sesiapa yang tidak memberi nafhah kepada isterinya, maka ibadahnya akan ditolak (tidak diterima) walaupun jubah pakaiannya meleret, malah berdosa kerana 'membiarkan isterinya'. Oleh itu jika tidak dapat bersembahyang di masjid maka buatlah di rumah berjemaah bersama keluarga untuk membuang sifat munafik.
Suami hendaklah membawa isteri
ke jalan yang diredhai Allah SWT.



Maka dijelaskan lagi oleh sesetengah ulama':
'DAYUS' itu maknanya ialah "orang yang tiada menegah akan manusia lain daripada masuk atas isterinya".


Di zaman ini, dikhabarkan telah ada bahkan ramai pelakon wanita yang telah berkahwin telah dibenarkan oleh suami mereka dengan mudah sekali berlakon di dalam filem dengan orang lelaki dengan pelbagai watak sama ada isteri, kekasih atau sebagainya. Ada yang memadu kasih beraksi di hadapan kamera. Bahkan ada suami-suami dengan rela tanpa menghalang isteri dengan semakin menggalakkan adegan-adegan dan dialog yang romantik. Perbuatan itu mendorong dan 'mendekati zina' (Kepada semua artis sama ada lelaki atau perempuan, ayuhlah, marilah kita sedar akan kemurkaan dan siksaan Allah SWT dan perlu jauhi. Perkara tersebut adalah "HUKUM" yang telah ditentukan oleh Allah SWT yang perlu disampaikan (tablighkan) kepada semua muslimin dan muslimat, agar mematuhi-Nya. Marilah kembali ke pangkal jalan dengan 'BERTAUBAT' sebelum kematian menjemput kita. Mari berfikir sejenak  dan bertanya kepada diri "Apakah amalan yang akan aku bawa ke dalam kubur nanti?).


Takutlah kepada Allah SWT kerana orang yang membiarkan isteri bersama-sama lelaki lain akan tidak dapat mencium bau syurga, apatah lagi nak masuk syurga! Di atas syurga tertulis 'syurga diharamkan kepada orang yang dayus'. Na'uzubillahiminzaliq!  


Kepada 'muslimin yang mendapat kuasa pilihan rakyat', ingatlah ketika melafazkan sumpah 'Wallah, Wabillah, Watallah' bersaksikan Al-Qur'an untuk berkhidmat dengan sebaik-baiknya, bermakna akan berkhidmat berdasarkan kehendak Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW (amanah yang teramat berat sekali),   selepas bersumpah jangan sampai tidak menterjemahkannya - kini di sana-sini semakin banyak berlaku kerosakan aqidah (ramai lelaki menjadi dayus), tuntutan agama dilihat semakin diremehkan bahkan kesombongan dan keseronokan keduniaan semakin dijulang. Ayuhlah insafi diri, kalau belum melaksanakan amanah dan aku-janji itu, marilah laksanakannya sedikit demi sedikit. Sabda Rasulullah SAW: 

                   تَرَكْتُ فِيْكُمْ اَمْرَيْنِ مَا اِنْ تَمَسَكْتُمْ بِهِمَا لَنْ تَضِلُّوْا اَبَدَ

                                                               كِتَابَ اللهِ وَسُنَّتِى

Mafhumnya:

"Aku tinggalkan kepadamu (ummat Islam) dua pusaka abadi, 

apabila kamu berpegang kepadanya, nescaya kamu tidak akan sesat, 

iaitu Kitab Allah (Al-Qur'an) dan Sunnahku"


Seterusnya, marilah hayati sabda Rasulullah SAW daripada "Thauban" r.a (Khadam Rasulullah SAW) yang mafhumnya: 
"Sesungguhnya perkara yang aku tahuti ke atas ummatku ialah 
pemimpin yang sesat"
                                                                           (Riwayat Abu Dawud dan At-Tarmizi)           

  Marilah menjadi pemimpin yang senentiasa beriman ke arah menjadi 'wali ' (maksudnya membawa dan mendidik diri sendiri, isteri, keluarga malahan masyarakat (terutama pengundi muslim)  ke jalan yang lurus, boleh mengimami sembahyang waktu di masjid, mampu mengajak 'pengundinya' cintakan masjid, berusaha mendalami Al-Qur'an dan Hadis dan menyampaikan kepada masyarakatnya, dan sebagai-sebagainya. Maknanya, sentiasa menjaga agamanya, tidak sesat aqidahnya, apatah lagi "menyesatkan". Na'uzubillahiminzaliq...


Mari bertanya kepada diri sendiri... Di mana "aku" berada setiap kali azan berkumandang? Di dalam kereta?, di dalam bilik atau dewan mesyuarat?, atau di mana? Ayuh tangguhkan seketika mesyuarat tuu, pembentangan belanjawan tuuu, mari menyambut tuntutan Allah SWT dahulu, dengan mengimamkan ahli-ahli yang ada. Ayuh sambut laungan 'muazzin' - "Khaiya 'alassolah, Khaiya'alalfalah". Kita ini hamba-Nya. Namun kini semuanya hanya diserah bulat-bulat tergalas di bahu tuan-tuan imam, tuan-tuan guru yang tidak mempunyai sebarang kuasa. Ayuhlah, marilah bersama-sama insaf dan bertaubat  dan mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan memakmurkan muka bumi ini berlandaskan Al-Qur'an dan Hadis yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah SAW untuk panduan kita semua. Berusahalah, lakukanlah "ISLAMKAN SEMUA MANUSIA - HAMBA ALLAH SWT, di kawasan masing-masing". Ingatlah, setelah kita 'bersyahadah' :


"Program 'mengislamkan' hamba Allah suatu kewajipan pemimpin
yang diamanahkan oleh rakyat....  Adakah pemimpin yang
anda pilih itu menjaga dan sayangkan agamanya?
Tepuk dada, tanya iman diri..."


(maka kita bergelar 'daie' (pendakwah - inilah tugas setiap orang Islam, maka datangkanlah perasaan gembira di dalam hati), dengan mengajak orang lain yang belum Islam memelok Islam, ingatlah "Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW yang diutus itu membawa rahmat ke seluruh 'alam). 



Pemimpin yang "Dayus" akan  membiarkan manusia yang dipimpinnya tenggelam di dalam keseronokan dunia - tidak mengajak untuk beriman kepada Allah SWT. Elakkanlah, hindarilah dari kemurkaan Allah SWT, jika tidak, pasti bala akan menimpa, na'uzubillahiminzaliq. 


Oleh itu, marilah kita hidup kerana Allah SWT - menunjukkan akhlak yang baik dan sentiasa berusaha,  sama-sama berpimpin tangan dan sentiasa berdoa yang baik kepada saudara-saudaranya tidak kerana yang lain hanya kerana Allah SWT kerana doa itu senjata mukmin. Janganlah kita menjadi orang yang mempersia-siakan diri sendiri, dan janganlah sekali-kali menjadi tentera 'Al-Masihid-Dajjal Laknatullah'.

"...kebebasan tanpa ilmu itu membutakan perbuatan .....
yang haram dihalalkan ...."
Kepada seluruh kaum muslimin, marilah mengingatkan isteri setiap masa dengan tanpa rasa jemu supaya jangan senang-senang bersalam dengan lelaki yang boleh membatalkan wudu', kecuali suaminya sahaja dan mahramnya. Bapa saudara suami pun tak boleh! Anak lelaki kepada menantu duda pun tak boleh! Begitu juga dengan "Pemimpin" yang telah diamanahkan memimpin, marilah 'BERTAUBAT dan janganlah meneruskan budaya bersalaman yang amat bersalahan itu. 



Maka dijelaskan lagi oleh sesetengah ulama', makna dayus:
'DAYUS' itu ialah "orang yang membeli ia akan jariah yakni hamba perempuan yang bernyanyi-nyanyi ia segala manusia".


Suami DAYUS membiarkan isteri .....
Oleh itu mana-mana suami yang mempunyai isteri yang suka menyanyi agar diberhentikan aktiviti nyanyian itu kerana anda boleh dikategorikan suami yang dayus. Mana-mana isteri yang terkinja-kinja di hadapan khalayak ramai maka suami dihukumkan sebagai dayus. Hukumnya haram dan berdosa. Kalau hendak menyanyi juga maka audiance hendaklah perempuan, segala pekerja hendaklah perempuan di dalam tempat yang tertutup, maka ini hukumnya adalah harus (perbuatannya tidak mendapat apa-apa).


Kesimpulannya 'dayus' ialah membenarkan isteri berbuat jahat dengan orang lain, membuat perkara haram hadapan orang lain termasuklah tidak menutup aurat, bercampur antara lelaki dan perempuan, melayan lelaki yang bukan suami dan bukan mahram (termasuklah adik angkat, kawan-kawan) seperti ber'sms' dan melayan panggilan telefon dari lelaki  tanpa kebenaran suami dan sebagainya. Suami kena jaga isteri dengan penuh keislaman sepertimana yang disyariatkan oleh Islam. 





Marilah kita baca Surah Al-'Asr dan mengimani ayat-ayat Allah SWT di bawah ini:




(Surah Al-'Asr: Ayat 1 - 3)

Mafhumnya:
 "Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran"


Akhir sekali, wahai saudara muslimin dan muslimat, marilah kita membaca doa ini sebagaimana yang dilakulkan oleh Rasulullah SAW. Dari 'Aisyah r.h., Rasulullah SAW di dalam solat selepas tahyat akhir sebelum memberi salam, dengan membaca doa berikut:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَفِتْنَةِ الْمَمَاتِ 
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ

Mafhumnya:
"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari seksa kubur dan aku berlindung kepada-Mu dari fitnah Al Masih Ad-Dajjal, dan aku berlindung kepada-Mu 
daripada fitnah hidup dan fitnah mati,
Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari perbuatan dosa dan hutang"


Wallahu a'lam.